X

Kindly register in order to view this article
!

Jumaat | 01 Julai 2022

Polis rampas mercun seludup RM30,000 selepas kejar van 70km

Abdul Rozak (tiga dari kiri) menunjukkan pelbagai jenis mercun seludup yang dirampas di IPD Besut pada Selasa. - Foto Bernama
A
A

JERTEH - Polis merampas mercun seludup bernilai RM30,000 selepas menahan sebuah van di tepi jalan berhampiran Sekolah Kebangsaan (SK) Alor Keladi di Hulu Besut, di sini pada jam 11.15 pagi Selasa.

Ketua Polis Daerah Besut, Superintendan Abdul Rozak Muhammad berkata, terdahulu van itu dikejar oleh enam kereta peronda polis (MPV) sejauh 70 kilometer (km) dari Pasir Mas, Kelantan sebelum polis berjaya menahan seorang suspek pada jam 11.15 pagi, namun seorang lagi suspek telah meloloskan diri.

Beliau berkata, kejadian bermula apabila anggota polis dari cawangan MPV Ibu Pejabat Polis (IPD) Pasir Mas yang melakukan tugas ronda cegah jenayah melihat sebuah van berwarna putih yang mencurigakan, lalu pemandunya diarahkan berhenti untuk pemeriksan.

"Suspek sebaliknya bertindak memecut kenderaannya ke arah Tanah Merah melalui Machang dan Pasir Putih, Kelantan sebelum memasuki daerah Besut,” katanya pada sidang media di IPD Besut, di sini hari ini.

Abdul Rozak (kiri) menunjukkan kesan kemek pada tepi kiri van yang ditahan kerana disyaki membawa mercun seludup di Kampung Alor Keladi, Hulu Besut pada pagi Selasa. - Foto Bernama
Abdul Rozak (kiri) menunjukkan kesan kemek pada tepi kiri van yang ditahan kerana disyaki membawa mercun seludup di Kampung Alor Keladi, Hulu Besut pada pagi Selasa. - Foto Bernama

Katanya, van dipandu suspek yang berasal dari Pasir Mas, Kelantan itu turut melanggar sebuah kenderaan orang awam di bandar Jerteh ketika cuba meloloskan diri.

Abdul Rozak berkata, keseluruhan rampasan termasuk van itu dianggarkan bernilai RM120,000 dan kes disiasat mengikut Seksyen 8 Akta Bahan Letupan 1957 dan Seksyen 186 Kanun Keseksaan kerana menghalang tugas penjawat awam. - Bernama


Jangan lupa follow kami di Instagram, Telegram dan TikTok
Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah © 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!