Zamani sedia terima lagu komposer muda

Zamani (tengah) bersama Exco Terengganu, Hanafiah Mat (dua, kanan) pada Festival Gegak Gempita di Chukai, semalam.
Zamani (tengah) bersama Exco Terengganu, Hanafiah Mat (dua, kanan) pada Festival Gegak Gempita di Chukai, semalam.
A
A
A

PENYANYI kesayangan ramai, Zamani Ibrahim bersedia untuk menyanyikan lagu ciptaan penyanyi muda selepas single terbarunya, Aduh ciptaan sepenuhnya Faizal Tahir mendapat sambutan luar biasa.

Single itu yang dimuat naik ke YouTube pada 1 Mac lalu berjaya meraih tontonan sebanyak 1.1 juta hanya dalam tempoh 13 hari.

Zamani, 48, berkata, sesiapa pun pencipta lagu single seterusnya nanti, beliau bersedia untuk menerimanya namun ketika ini tumpuannya adalah untuk mempromosikan Aduh.

“Saya tidak ada masalah untuk menyanyikan lagu-lagu ciptaan penyanyi merangkap komposer muda kerana memang kita tahu mereka berbakat besar cuma sekarang Aduh baru sahaja keluar.

“Jadi single akan datang nanti perlu cari waktu sesuai untuk dilancarkan,” katanya ketika ditemui selepas menghiburkan penonton pada majlis perasmian penutup Festival Gegak Gempita sempena Pemasyhuran Majlis Perbandaran Kemaman (MPK) Ke-17 di Chukai, semalam.

Ditanya mengenai tarikh pelancaran video muzik Aduh, Zamani berkata, tarikhnya belum diputuskan dan berharap peminat dapat menunggunya.

“Sekarang selain sibuk memenuhi jemputan persembahan, saya juga sedang buat persiapan untuk Konsert 3 Suara yang akan menggabungkan saya bersama penyanyi legenda tanah air iaitu Datuk Jamal Abdillah dan Ameng Spring pada bulan depan.

“Untuk konsert ini kita tak janjikan apa-apa keistimewaan tapi yang uniknya ia dilakukan di luar Kuala Lumpur iaitu di kampung kelahiran Datuk Jamal di Ipoh, Perak. Jarang-jarang konsert skala besar buat di luar Kuala Lumpur,” katanya.

Artikel Berkaitan: