Sepanyol beku akaun bank, sita kapal, harta milik oligarki Rusia

Kapal oligarki Rusia yang dikatakan ditahan di Sepanyol. - Foto Reuters
Kapal oligarki Rusia yang dikatakan ditahan di Sepanyol. - Foto Reuters
A
A
A

OVIEDO (Sepanyol) - Pihak berkuasa Sepanyol membekukan 12 akaun bank dan dana serta menyita tiga kapal layar dan 23 harta milik oligarki Rusia sejak krisis di Ukraine bermula, kata ketua setiausaha negara pada Isnin.

Bercakap di Parlimen Sepanyol, Oscar Lopez berkata, rampasan itu sejajar dengan sekatan yang dikenakan Kesatuan Eropah ke atas oligarki Rusia, lapor Agensi Anadolu.

Sejak dua bulan lalu, pihak berkuasa Sepanyol telah merampas kapal layar jutawan Viktor Vekselberg, Alexander Mikheev dan Sergey Chemezov.

Namun, tindakan terhadap oligarki adalah terhad kerana undang-undang Sepanyol melindungi identiti pemilik syarikat.

Kerajaan merancang untuk meluluskan langkah baharu yang membolehkan identiti pemilik sebenar aset didedahkan, menurut media tempatan.

Lopez juga mengumumkan seramai 130,000 pelarian Ukraine telah tiba di Sepanyol dan 5,400 daripadanya adalah kanak-kanak. - Bernama