Lori minyak terbalik: Suami, isteri maut, 2 anak selamat

Anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Gerik ketika menjalankan operasi menyelamat di lokasi kejadian.
Anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Gerik ketika menjalankan operasi menyelamat di lokasi kejadian.
A
A
A

GERIK – [DIKEMASKINI] Sepasang suami isteri maut sementara dua anak perempuan mereka terselamat selepas lori tangki dinaiki terbabas sebelum terbalik di KM12 Jalan Raya Timur Barat (JRTB) Gerik- Jeli berhampiran Hentian Air Lebey, pagi tadi.

Kejadian jam 6.30 pagi itu berlaku ketika lori membawa muatan minyak hitam terbabit dalam perjalanan dari arah Jeli ke Gerik.

Ketua Polis Daerah Gerik, Superintendan Ismail Che Isa berkata, pemandu lori, Muhammad Fazil Muhamad, 34, disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian sementara isteri mangsa, Saadiah Mohd Rezal, 32, meninggal dunia di Hospital Gerik.

“Kedua-dua mereka meninggal dunia akibat kecederaan parah di kepala. Seorang kanak-kanak perempuan berusia sembilan tahun mengalami cedera di kaki, sementara seorang lagi berusia tujuh tahun tidak mengalami sebarang kecederaan,” katanya.

Menurutnya, siasatan awal mendapati, lori tangki berkenaan hilang kawalan sebelum terbabas ke kiri jalan dan terbalik dalam longkang.

“Keadaan di lokasi adalah jalan selekoh dua hala, akibat kejadian itu, lori terbabit mengalami kerosakan teruk di bahagian hadapan, tangki kemek dan tayar pecah,” katanya.

Beliau berkata, mayat telah dibawa ke Hospital Gerik untuk bedah siasat dan kes disiasat dibawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Artikel Berkaitan: