X

Kindly register in order to view this article
!

Sabtu | 25 Jun 2022

Lampu ketupat ceriakan kampung

Kah Woh (tengah) bersama sebahagian penduduk Kampung Pasir Puteh melihat keceriaan kampung selepas dipasang lampu hiasan sempena Hari Raya Aidilfitri. (Gambar kecil: Mohamad Noor Riduan)
A
A

IPOH - Pemasangan tiga set lampu hiasan berbentuk ketupat sepanjang 150 meter di tiga kampung dalam kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Tebing Tinggi menyemarakkan sambutan Hari Raya Aidilfitri yang bakal menjelang tidak lama lagi.

Tiga lokasi berkenaan ialah Kampung Pasir Puteh, Kampung Cempaka Sari dan Kampung Seri Kinta menerima pencahayaan itu buat pertama kali sejak 20 tahun lalu.

Seorang penduduk, Mohamad Noor Riduan Mohd Idrus, 34, memang mereka mempunyai impian untuk menceriakan kawasan kampung dengan lampu hiasan tersebut sebelum ini namun tidak dapat dilaksanakan kerana kos agak mahal.

"Tak sangka pula angan-angan kami jadi kenyataan apabila lampu tersebut dipasang tahun ini. Terima kasih kepada Pejabat Ahli Parlimen Ipoh Timur dan Pejabat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tebing Tinggi atas inisiatif tersebut.

"Raya tahun ini akan lebih meriah kerana perantau yang sudah lama tidak balik kampung akan melihat suasana gemerlapan kampung dan lebih ceria," katanya ketika ditemui Sinar Harian di Kampung Pasir Puteh, di sini pada Ahad.

Penduduk, Mohd Fairuz Saidin, 39, sejak lebih 20 tahun tinggal di situ belum pernah melihat lampu hiasan seperti itu dipasang di kampung berkenaan.

Menurutnya, sebelum ini aktiviti memasang pelita panjut merupakan cara penduduk menceriakan suasana menjelang Aidilfitri tetapi lampu hiasan itu memberi lebih kemeriahan.

Sementara itu, Ahli Parlimen Ipoh Timur, Wong Kah Woh berkata, inisiatif itu dilaksanakan sebagai memeriahkan lagi sambutan Aidilfitri kerana pada tahun ini anak-anak perantau boleh pulang menyambut hari raya.

Katanya, suasana sambutan hari raya pada tahun ini perlu kelainan menyambut mereka yang lama tidak pulang ke kampung akibat kekangan pandemik Covid-19.

"Sebanyak RM49,920 diperuntukkan oleh pejabat saya untuk menyediakan lampu hiasan ini dan merupakan salah satu sumbangan bagi menghargai sokongan masyarakat setempat.

"Sebenarnya banyak lagi sumbangan dan bantuan yang telah kita salurkan kepada penduduk terutama berkaitan soal kebajikan dan naik taraf kemudahan awam. Kita harap dengan sumbangan ini dapat menceria dan meringankan beban penduduk," katanya.


Jangan lupa follow kami di Instagram, Telegram dan TikTok
Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah © 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!