Lebih 20 peratus kanak-kanak lengkap vaksinasi Covid-19

Seramai 1,497,935 kanak-kanak dalam kumpulan sama atau 42.2 peratus telah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin. Gambar hiasan
Seramai 1,497,935 kanak-kanak dalam kumpulan sama atau 42.2 peratus telah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin. Gambar hiasan
A
A
A

KUALA LUMPUR - Sebanyak 736,114 atau 20.7 peratus kanak-kanak berumur lima hingga 11 tahun telah melengkapkan vaksinasi di bawah Program Imunisasi Kanak-Kanak Covid-19 Kebangsaan (PICKids) setakat Isnin.

Berdasarkan laman web CovidNow, seramai 1,497,935 kanak-kanak dalam kumpulan sama atau 42.2 peratus telah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

Bagi remaja berumur 12 hingga 17 tahun, seramai 2,888,431 individu atau 92.8 peratus telah lengkap vaksinasi manakala 2,987,570 atau 96 peratus menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

Sejumlah 16,014,864 individu dewasa atau 68.1 peratus telah menerima dos penggalak manakala 22,964,800 atau 97.6 peratus melengkapkan kedua-dua dos vaksin dan 23,241,481 atau 98.8 peratus menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

Sebanyak 38,691 dos vaksin Covid-19 harian diberikan pada Isnin melibatkan 7,678 dos pertama, 26,489 dos kedua dan 4,524 dos penggalak, menjadikan jumlah kumulatif pemberian vaksin menerusi Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) sebanyak 70,118,091.

Sementara itu, menurut portal GitHub Kementerian Kesihatan, lapan kematian akibat COVID-19 dilaporkan pada Isnin dengan Selangor mencatatkan angka tertinggi iaitu lima kes, diikuti Kedah dengan dua kes dan satu kes di Melaka. - Bernama