Mahu menikmati secawan kopi dalam suasana musim bunga Sakura?

A
A
A

ANDA tidak perlu pergi ke Jepun semata-mata untuk merealisasikan impian itu. Terkini, Starbucks Malaysia membawakan minuman baharu berinspirasikan bunga kebanggaan negara

Matahari Terbit itu seperti Matcha Azuki Blossom Creme Frappuccino, Azuki Blossom Creme Frappuccino dan Caramel Macchiato.

Minuman Matcha Azuki Blossom Creme Frappuccino dan Azuki Blossom Creme Frappuccino
Minuman Matcha Azuki Blossom Creme Frappuccino dan Azuki Blossom Creme Frappuccino

Istimewanya minuman Azuki Blossom, ia mempunyai susu berkrim yang diadun dengan ais dan kacang merah. Sebagai tambah nilai, minuman ini ditambah krim putih dan dihias dengan

hiasan kelopak bunga putih dan merah jambu. Rasanya ala-ala buah cranberry.

Matcha Azuki pula sesuai bagi mereka yang sukakan sesuatu yang berkhasiat dan enak. Selain menggunakan kacang merah sebagai bahan utama, turut ditambah dengan bijian beras

merah dan putih serta perisa cranberry yang mengalir di atas krim putih.

Bagi minuman Caramel Macchiato pula, minuman ini mengandungi pilihan susu almond atau susu kelapa terbaik. Boleh diminum samada sejuk, panas dan blended.

Artikel Berkaitan:

 Caramel Macchiato.
Caramel Macchiato.

Menurut Pengurus Senior Starbucks Malaysia, Zakiah Hanim, tiga perisa baharu itu boleh didapati di Starbucks bermula pada 26 Mac ini. Menariknya lagi, Zakiah memberitahu, semua restoran Starbucks dihiasi keindahan bunga sakura.

Pengurus Senior Starbucks Malaysia, Zakiah Hanim mempelawa merasai minuman perisa baharu Starbucks
Pengurus Senior Starbucks Malaysia, Zakiah Hanim mempelawa merasai minuman perisa baharu Starbucks

Bagaimana ia boleh terjadi?. Starbucks Malaysia telah menanam pokok bunga sakura buatan (AR) di semua kedainya. Untuk menyaksikan keajaiban itu, anda harus memanfaatkan teknologi AR camera Facebook dengan scan barcode diatas lambang bunga sakura.

Untuk menyaksikan keajaiban guna teknologi AR camera Facebook dengan scan barcode di atas lambang bunga sakura.
Untuk menyaksikan keajaiban guna teknologi AR camera Facebook dengan scan barcode di atas lambang bunga sakura.

Selain itu, Starbucks Malaysia turut memperkenalkan serbuk kopi campuran Vietnam Da Lat berasal dari Dataran Tinggi Vietnam termasuk barangan merchandise sempena koleksi musim

bunga sakura.

Barangan merchandise sempena koleksi musim bunga sakura.
Barangan merchandise sempena koleksi musim bunga sakura.

Untuk maklumat lanjut, sila layari laman web Starbucks Malaysia di www.starbucks.com.my.