Pembentangan gerak kerja UMNO, Pas bulan hadapan

Ahli Pas tidak melepaskan peluang untuk bergambar dengan Mohamad (tengah). - Foto Sinar Harian/SYAMILAH ZULKIFLI
Ahli Pas tidak melepaskan peluang untuk bergambar dengan Mohamad (tengah). - Foto Sinar Harian/SYAMILAH ZULKIFLI
A
A
A

SEREMBAN - Pembentangan Jawatankuasa Perunding UMNO dan Pas berhubung gerak kerja antara kedua parti itu dijangka akan dibentangkan bulan hadapan.

Timbalan Presiden UMNO yang menjalankan tugas-tugas Presiden, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, gerak kerja itu penting bagi memastikan agenda penyatuan ummah UMNO dan Pas berada pada landasan yang konkrit.

Menurutnya, satu formula yang tepat perlu ada bagi memastikan kerjasama ini tidak tersasar kerana ia juga sebagai persediaan untuk hadapi PRU15.

“Buat masa ini kita sedang merangka gerak kerja dan apabila sudah dipersetujui, kemudian barulah akan ditubuhkan jawatankuasa di peringkat negeri dan kemudiannya di peringkat bahagian.

ARTIKEL BERKAITAN: 22 pimpinan UMNO-Pas anggotai Jawatankuasa Perundingan

“Kita nak ada landasan yang tepat untuk berunding dan bekerjasama. Perlu ada platform yang mantap supaya mudah nak buat kerja,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Makan Malam Bersama Presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang di Kompleks Pas Negeri Sembilan di sini, malam tadi.

Hadir sama, Setiausaha Agung UMNO, Tan Sri Annuar Musa dan Pemangku Pesuruhjaya PAS Negeri Sembilan, Rafiei Mustapa.

Beliau berkata, penerimaan kedua-dua parti di setiap negeri juga sangat positif.

Artikel Berkaitan:

"Agenda penyatuan ummah ini jadi ombak tsunami dan disambut baik semua orang yang dahagakan penyatuan Islam dan Melayu.

"Kita tak mahu ada politik berpecah dan membenci. Bila golongan Melayu yang peratusan terbesar di negara ini bersatu, politik negara kita akan jadi sejahtera dan beri banyak kesan positif termasuk orang bukan Islam dapat nikmati kesejahteraan itu bersama," katanya.