Kes Covid-19 di Afrika hampiri 11.41 juta

Jumlah kes jangkitan Covid-19 di Afrika kini mencecah 11,409,064. - Foto Bernama
Jumlah kes jangkitan Covid-19 di Afrika kini mencecah 11,409,064. - Foto Bernama
A
A
A

ADDIS ABABA - Jumlah kes jangkitan Covid-19 di Afrika kini mencecah 11,409,064 setakat petang Ahad, menurut Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit Afrika.

Sementara itu, menurut Agensi Penjagaan Kesihatan Kesatuan Afrika (AU), jumlah kematian di seluruh benua itu mencecah 252,067 manakala sebanyak 11,543,387 pesakit telah sembuh setakat ini.

Afrika Selatan, Maghribi, Tunisia, Mesir dan Libya antara negara yang menyumbang paling banyak kes di benua itu.

Afrika Selatan merekodkan kes jangkitan Covid-19 paling tinggi dengan lebih 3,758,688 kes, diikuti Maghribi sebanyak 1,164,670 kes setakat ini. - Bernama