Bank Islam turut alami gangguan akses

Tangkap layar notis Bank Islam.
Tangkap layar notis Bank Islam.
A
A
A

SHAH ALAM - Perbankan internet www.bankislam.biz dan aplikasi mudah alih Go by Bank Islam sedang mengalami gangguan akses berikutan jumlah trafik yang tinggi buat masa ini.

Perkara tersebut dimaklumkan Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB) melalui satu notis pemberitahuan yang dikongsikan di Facebook rasminya pada Isnin.

Justeru, Bank Islam menggesa orang ramai menutup pelayar masing-masing dan memohon maaf atas kesulitan yang dihadapi.

“Dimaklumkan bahawa perbankan internet www.bankislam.biz dan aplikasi mudah alih Go by Bank Islam sedang mengalami gangguan akses berikutan jumlah trafik yang tinggi buat masa ini.

“Sila tutup pelayar (browser) dan cuba lagi kemudian. Kami memohon maaf untuk sebarang kesulitan yang timbul dan terima kasih atas kesabaran anda,” kata notis berkenaan.

Sebelum ini, Maybank turut memaklumkan semua aplikasi perbankan dalam talian bank itu sedang mengalami pengaksesan yang perlahan ketika ini.

Rata-rata pelanggannya juga terkejut apabila jumlah wang simpanan mereka menunjukkan angka kosong ketika menyemak akaun masing-masing melalui aplikasi dalam talian bank itu pada pagi Isnin.