Bukan kejar untung, tapi utama kebajikan jemaah

Ab Ghani meraikan perserta haji dan umrah baru baru ini.
A
A

MENGEKALKAN perniagaan lebih 30 tahun bukan satu tugas mudah, namun bagi Syarikat Batuta Travel and Tours Sdn Bhd mempunyai cara tersendiri bagi memastikan perkhidmatannya terbaik dan memuaskan hati jemaah haji.

Antara kunci kejayaan yang menjadikan syarikat itu kekal relevan selepas tiga dekad ialah tidak mementingkan keuntungan semata-mata sebaliknya sentiasa mengutamakan kepentingan jemaah semasa di tanah suci.

Pengarah Urusannya, Ab Ghani Mahmood berkata, keuntungan menjadi perkara kedua selepas memastikan kualiti perkhidmatan sebagai keutamaan syarikat.

Menurutnya, antara perkhidmatan yang menjadi pilihan jemaah ialah, syarikatnya memberi diskaun RM1,000 kepada semua jemaah haji P1 manakala jemaah rayuan mengerjakan haji menikmati RM500 potongan.

Selain itu katanya, Batuta juga membuat cabutan bertuah kepada jemaah semasa majlis taklimat balik kampung iaitu satu pakej umrah secara percuma.

“Tahun lepas, dua jemaah berjaya menikmati kemudahan tersebut, dengan cara ini, rata-rata jemaah berharap kami meneruskan program ini sehingga ke masa depan.

“Bagi membantu jemaah juga, kami menganjurkan taklimat balik kampung dan semua jemaah menyambut baik apabila tujuh perkhidmatan tambahan diteruskan tanpa melibatkan sebarang kos,” katanya ketika ditemui selepas memberi kursus umrah dan haji di pejabatnya.

Ab Ghani berkata, Batuta juga membekalkan semua jemaah haji beg tidur untuk digunakan semasa di Padang Arafah, Muzdalifah dan Mina.

Malah katanya, bekalan air zamzam juga disediakan sepanjang masa di dewan makan hotel di Mekah.

Bagi memudahkan urusan haji jemaah yang uzur, beliau berkata, Batuta akan menyempurnakan lontaran wajib haji tanpa dikenakan sebarang bayaran tambahan.

Menceritakan pengalamannya ketika mula membuka syarikat ini, Ab Ghani berkata, ia mula timbul selepas dia mahu memenuhi hasrat ibu bapanya untuk ke tanah suci.

Mendapati agensi yang bertanggung jawab membawa jemaah tidak menepati kehendaknya, Ab Ghani berkata, beliau nekad untuk membuka agensi sendiri dan mengatasi semua kekurangan yang dihadapi jemaah ketika itu.

Atas usaha itu juga katanya, bukan sahaja syarikatnya mendapat pentaulihan daripada Tabung Haji malah beliau turut menerima kad tauliah sebagai penceramah haji dan umrah.

“Paling manis apabila Batuta menerima lesen haji daripada Tabung Haji.

“Ini menguatkan lagi cita-cita saya untuk menjadikan syarikat ini terus menjadi pilihan penduduk bukan sahaja di Kelantan, malah seluruh negara,” katanya.

Nama: Ab Ghani Mahmood

Nama Isteri: Rasidah Moktar

Anak: Lapan

· 1957 Pengajian Pengajian Pondok Ahmadiah Bunut Payong

· 1962 Kolej Islam Malaya, Klang Sijil Tertinggi Kolej Islam Malaya dan Diploma Pendidikan

. 1969 Mengajar Kertas 15 STPM di sekolah swasta pertama, di negeri Kelantan iaitu di Institut Pendidikan IP

· 1970 Ijazah Sarjana Muda kepujian (Pengajian Islam) Universiti Malaya

· 1973 Pegawai Tadbir Negeri Kelantan (PTN)

· 1975 Mengarang Buku Sejarah Islam Kertas 15 untuk pelajar STPM

· 1979 Menunaikan ibadat haji kali pertama

· 1980 Kursus Pentadbiran di Universiti Birmingham, United Kingdom

· 1981 Mewakili negeri Kelantan untuk Seminar Antarabangsa penubuhan Bank Islam di Universiti Al Azhar, Kaherah Mendapat jemputan untuk menunaikan Ibadat Haji kali ke2 daripada Penganjur seminar.

· 1982 -1986 ADUN Tendong

Exco Pendidikan, Kesihatan dan Kebajikan Masyarakat

· 1987 Menubuhkan Syarikat Batuta Travel & Tours Sdn Bhd

Diluluskan sebagai agensi Pengelola Jemaah Haji berlesen daripada Tabung Haji sejak 1987

· 1990 Mendapat anugerah Outstanding Achievement Award oleh Malaysia Airlines (MAS) dan tajaan lawatan dari MAS ke Adeilade, Beijing, Macau, Hong Kong dan Johannesburg.

· 2017 Mendapat Anugerah PKS Patuh Syariah Bank Islam - Utusan 2017 bagi kategori Anugerah Perkhidmatan Hospitaliti Terbaik


Bermula dengan hanya RM5 anda telah menyokong Berita Fakta dan Komprehensif kami, sokong berita kami.
Terima Kasih Rakyat Malaysia