Kakitangan kerajaan UAE cuti raya sembilan hari

Kakitangan kerajaan di UAE akan bercuti selama sembilan hari ekoran sambutan Hari Raya Aidilfitri pada tahun ini. - Foto AFP
Kakitangan kerajaan di UAE akan bercuti selama sembilan hari ekoran sambutan Hari Raya Aidilfitri pada tahun ini. - Foto AFP
A
A
A

DUBAI - Kakitangan kerajaan Persekutuan di Emiriah Arab Bersatu (UAE) akan mendapat cuti selama sembilan hari sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri selepas ia diluluskan oleh kabinet UAE baru-baru ini.

Cuti itu akan bermula dari 30 April hingga 6 Mei depan.

Kakitangan kerajaan itu akan mendapat cuti panjang memandangkan 30 April dan 1 Mei jatuh pada hari Sabtu dan Ahad.

Hari Raya Aidilfitri dijangka jatuh pada 2 Mei depan.

Syarikat swasta di UAE pula akan mendapat cuti selama lima hari sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri.

Bagaimanapun, kakitangan kerajaan persekutuan akan kembali bekerja iaitu pada 9 Mei 2022.

Ini adalah disebabkan 7 Mei dan 8 Mei juga merupakan hari Sabtu dan Ahad kerana kakitangan kerajaan tidak bertugas pada kedua-dua hari tersebut. - Agensi