Gabriel Jesus beraksi di posisi pertahanan kanan

Jesus. - foto USA today
Jesus. - foto USA today
A
A
A

PENYERANG Manchester City, Gabriel Jesus dijangka bakal beraksi di posisi pertahanan kanan pada aksi separuh akhir Liga Juara-Juara berdepan Real Madrid, pada Rabu.

Menurut pengendali City, Pep Guardiola, kehadiran Jesus di posisi berkenaan diyakini mampu memantapkan lagi benteng pertahanan skuad The Citizens itu.

“Berdasarkan situasi semasa dua pemain pertahanan kanan, John Stones dan Kyle Walker di lihat masih belum cergas bagi mengisi kekosongan di posisi berkenaan.

“Oleh itu, Jesus dilihat sebagai pemain yang bersesuaian untuk menggalas tugas di posisi berkenaan dan dia juga boleh naik ke atas bagi membantu jentera serangan pasukan.

“Lagi pun, Riyad Mahrez dan Phil Foden dilihat semakin ‘serasi’ selain sentiasa berjaya merobek gawang lawan sejak kebelakangan ini,” katanya.

Untuk rekod, ini bukan kali pertama pemain penyerang beraksi di benteng pertahanan kerana musim lalu dia pernah beraksi di posisi berkenaan pada aksi pusingan 16 ketika berdepan Real Madrid.

Mengulas lanjut, Guardiola menegaskan ini bukan kali pertama dia menurunkan Jesus selaku pemain pertahanan kanan.

Katanya, Jesus pernah beraksi di posisi berkenaan bagi menggantikan Dani Carvajal ketika berdepan Real Madrid pada pusingan 16 Liga Juara-Juara musim lalu.

“Bagi saya, Jesus sudah pasti tidak kekok untuk berada di posisi berkenaan (pertahanan kanan) dan dia juga boleh naik membantu jentera serangan terutamanya menerusi serangan-serangan balas,” katanya.