Israel lancar artileri ke Lubnan

Israel lancar artileri ke Lubnan. - Foto Agensi Anadolu
Israel lancar artileri ke Lubnan. - Foto Agensi Anadolu
A
A
A

BAITULMAQDIS - Pasukan Pertahanan Israel (IDF) pada Ahad menyasarkan artileri ke Lubnan sebagai tindak balas terhadap serangan roket dari negara itu, lapor Agensi Anadolu.

"Lubnan melancarkan serangan roket ke utara Israel awal malam ini, dan pasukan Artileri IDF bertindak balas menyasarkan lokasi roket itu dilancarkan,” ciap IDF di Twitter.

Sebelum ini, tentera Israel mengumumkan roket itu membedil kawasan lapang berhampiran bandar Shlomi tetapi tiada kerosakan dilaporkan.

Tiada siren amaran dibunyikan dan tahap amaran kekal normal.

Akhbar Hizbullah Al-Akhbar melaporkan roket itu dilancarkan dari daerah Tire Lubnan. - Bernama