X

Kindly register in order to view this article
!

Jumaat | 01 Julai 2022

PRU15: Salang serah soal pencalonan kepada PRS, GPS

Datuk Joseph Salang Gandum
A
A

SIBU - Presiden baharu Parti Rakyat Sarawak (PRS) Datuk Joseph Salang Gandum menyerahkan soal pencalonan beliau untuk bertanding pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) akan datang kepada pucuk kepimpinan parti itu dan Gabungan Parti Sarawak (GPS).

Kata Salang, walaupun beliau kini menerajui PRS tidak bermakna ia membolehkannya memutuskan sendiri sama ada untuk bertanding atau sebaliknya dalam pilihan raya umum akan datang kerana perkara itu hanya dapat diputuskan oleh kepimpinan PRS dan GPS.

"Saya adalah ahli parti dan sekiranya saya didapati boleh memenangi sesuatu kawasan itu, mungkin parti akan mencalonkan saya. Kita hanya boleh merancang tetapi kita tidak tahu bila pilihan raya (PRU15) akan diadakan,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri majlis makan malam Persidangan Perwakilan Tritahunan (TDC) kelima PRS di sini malam Ahad.

Salang pernah menjadi wakil rakyat di kerusi Parlimen Julau antara 1999 dan 2018 serta pernah menganggotai pentadbiran kerajaan Persekutuan sebagai Timbalan Menteri Luar; Timbalan Menteri Tenaga, Air dan Komunikasi serta Timbalan Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan.Pada Pilihan Raya Umum ke 14 (PRU14), beliau gagal mempertahankan kerusi berkenaan apabila tewas kepada calon Bebas Larry Sng Wei Shien.

Sementara itu, Salang berkata, sebagai presiden, beliau mahu ahli parti membantunya menjadikan PRS yang merupakan antara komponen GPS sebagai sebuah parti yang disenangi rakyat.

Beliau yang sebelum ini memangku jawatan Presiden PRS ekoran kematian penyandang dan pengasas parti itu Tan Sri Dr James Jemut Masing pada 31 Oktober lepas, dipilih secara konsensus dan tanpa bertanding sebagai presiden baharu parti itu dalam TDC berkenaan. - Bernama


Jangan lupa follow kami di Instagram, Telegram dan TikTok
Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah © 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!