Sila log masuk terlebih dahulu.

Ukur baju di badan sendiri sebelum berbelanja

Jalan TAR kembali meriah seperti kelaziman sebelum pandemik. (Gambar hiasan) - Foto Bernama
Jalan TAR kembali meriah seperti kelaziman sebelum pandemik. (Gambar hiasan) - Foto Bernama
A
A
A

MEMASUKI minggu terakhir Ramadan, nampaknya persiapan hari raya semakin rancak dilakukan.

Sabtu dan semalam, jalan raya penuh sesak dengan orang ramai yang mengambil kesempatan membeli-belah.

Jalan TAR kembali meriah seperti kelaziman sebelum pandemik.

Pusat beli-belah di mana-mana penuh dengan lautan manusia.

Ada yang beli baju, membelek-belek langsir, malah ada yang bertungkus-lumus mengangkut perabot baharu.

Namun, dalam keghairahan berbelanja, jangan lupa untuk ‘mengukur baju di badan sendiri'.

Jangan ikut jiran. Nampak jiran beli itu, nak beli juga. Nampak jiran tukar yang baharu, dia pun nak juga, sedangkan yang lama masih elok dan boleh digunakan.

Ini penyakit biasa yang dialami sebilangan kaum ibu apabila tidak boleh tengok jiran lebih sedikit.

Artikel Berkaitan:

Tapi sedar tak sekarang, penyakit tersebut sudah berjangkit kepada golongan anak-anak muda pula.

Semuanya gara-gara media sosial seperti di TikTok dan Instagram. Tak perlu pergi jauh, tengok pada anak-anak kita sendiri.

Macam anak Merak Jalanan, nampak influencer yang digemarinya pakai kasut jenama A, dia pun nak pakai juga.

Nampak model iklan baju jenama N, dia pun mahu juga. Pendek kata, apa yang dilihat di media sosial, itulah yang dimahukan.

Jauh berbeza dengan zaman Merak Jalanan dahulu, hanya boleh pilih warna baju sahaja. Selebihnya mak abah yang tentukan.

Apa yang berlaku sekarang ini menunjukkan kuasa membeli sekarang bukan terletak kepada golongan kaum ibu tetapi sudah berpindah kepada anak-anak remaja.

Anak-anak masih bersekolah rendah pun sudah terikut-ikut sama.

Nasihat Merak Jalanan, sebagai ibu bapa kita harus ajar anak-anak supaya sentiasa mengamalkan konsep bersederhana.

Kalau nak berbelanja pun biarlah secara berhemah dan tidak terikut-ikut sehingga melangkaui kemampuan diri sendiri.