Senjata tradisional Melayu tidak pernah pupus

Mat Azhar menunjukkan keris malela yang dianggarkan berusia 150 tahun.
Mat Azhar menunjukkan keris malela yang dianggarkan berusia 150 tahun.
A
A
A

KUALA TERENGGANU – Senjata tradisional Melayu masih mendapat tempat dalam kalangan peminatnya termasuk golongan muda yang menggemari koleksi barangan lama dan antik.

Pengerusi Persatuan Seni Purba Terengganu, Mat Azhar Mat Lazim berkata, ia dibuktikan dengan kemunculan pelbagai persatuan dan aktiviti pameran keris dan senjata yang rancak diadakan.

“Sambutan dan minat masyarakat terhadap keris makin menggalakkan. Kita lihat banyak negeri menubuhkan persatuan seni purba yang membudayakan simpanan dan merawat keris-keris lama.

“Tukang yang membuat sarung hulu keris juga menerima banyak tempatan, itu satu contoh yang menunjukkan bahawa budaya warisan ini mendapat sambutan,” katanya ketika ditemui di gerai pameran di Muzium Negeri Terengganu sempena Pertandingan Permainan Tradisional dan Program Pasar Karat di sini.

Badik yang turut dipamerkan di gerai pameran Persatuan Seni Purba Terengganu. Gambar bawah: Sundang yang turut dipamerkan di gerai pameran Persatuan Seni Purba Terengganu.
Badik yang turut dipamerkan di gerai pameran Persatuan Seni Purba Terengganu. Gambar bawah: Sundang yang turut dipamerkan di gerai pameran Persatuan Seni Purba Terengganu.

Antara barangan yang dipamerkan ialah senjata seperti badik, sundang, keris, parang jambul dan pelbagai lagi peralatan senjata Melayu tradisional.

Mengula lanjut, Mat Azhar berkata, minat masyarakat bukan terhad kepada barangan senjata malah busana Melayu juga mendapat sambutan dalam kalangan masyarakat.

“Kita nampak kebelakangan ini, makin ramai yang suka menggayakan busana tradisional Melayu yang bersesuaian dengan sesuai dengan konsep senjata tradisional Melayu kita,” katanya.

Artikel Berkaitan:

Persatuan Seni Purba Terengganu ditubuhkan sejak 2008 dan kini mempunyai keahlian seramai 120 orang.

Antara objektif penubuhan persatuan itu bagi memperkenalkan kembali warisan Melayu lama supaya tidak lapuk ditelan zaman.