Alih tempat pengumpulan sampah

Zahari mahu tempat pengumpulan sampah di jalan utama Taman Tas, dialihkan kerana didakwanya tidak sesuai dan menimbulkan masalah bau serta tikus.
Zahari mahu tempat pengumpulan sampah di jalan utama Taman Tas, dialihkan kerana didakwanya tidak sesuai dan menimbulkan masalah bau serta tikus.
A
A
A
KUANTAN - Penduduk setempat dan pihak pengurusan Rumah Kebajikan Seri Permai, Taman Tas di sini, memohon supaya tempat pembuangan sampah di situ dipindahkan ke lokasi baharu bagi mengelak bau busuk dan persekitaran tidak sihat.

Selain lokasi tidak sesuai kerana berdekatan restoran, tadika dan rumah kebajikan, pusat pengumpulan sampah itu mengundang ketidakselesaan dalam kalangan penduduk setempat.

Pengerusi Rumah Kebajikan Seri Permai, Zahari Mamat,59, mahu pusat pengumpulan sampah itu dialihkan ke kawasan baharu yang terletak kira-kira 50 meter dari lokasi asal.

“Kawasan baharu itu adalah tanah rizab kerajaan dan kawasannya luas serta tidak menganggu lalu lintas.

“Jadi, bila diubah tempat pengumpulan sampah ini, saya percaya masalah bau busuk dan tikus dapat dielakkan,” katanya kepada pemberita ketika ditemui di Taman Tas, di sini semalam.

Beliau berkata, aduan berhubung perkara itu sudah lama dibuat, namun sehingga kini tiada sebarang penyelesaian diambil pihak berkaitan.

“Selain itu, aduan juga telah dibuat ADUN di kawasan ini, tetapi tiada juga tindakan yang diambil,” dakwanya yang sudah berdepan dengan masalah itu hampir 10 tahun.

Dalam pada itu, Zahari berkata, kawasan terbabit sibuk dan adakalanya sampah berterabur sehingga menutupi jalan.

“Masalah dengan penduduk di sini yang mempunyai tong sampah di rumah sendiri pun, tetap buang sampah di sini.

Artikel Berkaitan:

“Selain itu, individu yang mencari tin kosong atau barang kitar semula juga menjadikan tempat pembuangan sampah ini makin terabur dan bersepah. Mereka tak kisah, kerana bukan dekat rumah mereka,” katanya.

Menurutnya, disebabkan terlalu hampir, tikus dari kawasan pengumpulan sampah juga berkeliaran di dalam rumah kebajikannya.