Najib bakal meriahkan boksing pantai timur

Najib Razak
Najib Razak
A
A
A
BACHOK - Gegar Boksing Pantai Timur yang akan berlangsung di Tapak Ekspo Pantai Irama bermula 29 Mac nanti akan dimeriahkan dengan kehadiran bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Najib bukan sahaja merasmikan kejohanan anjuran Pertubuhan Penyatuan Ummah Pantai Timur (Big Brothers) itu, malah akan meluangkan masa beramah mesra bersama peminat sukan boksing.

Pengerusi Big Brothers, Fauzwi Ismail berkata, Najib sudah menyatakan kesediaan untuk hadir memeriahkan kejohanan tersebut.

Menurutnya, kumpulan pemilik motosikal berkuasa tinggi akan mengiringi beliau ke gelanggang.

“Laungan ‘Bossku’ akan berkumandang sebaik sahaja Najib memasuki kawasan gelanggang.

“Kejohanan kali ini banyak keistimewaannya selain menampilkan peserta tempatan dan luar yang terkenal,” katanya selepas mengendalikan mesyuarat jawatankuasa kejohanan dan penaja di Pejabat Big Brothers di Kampung Mujur, semalam.

Artikel Berkaitan: