Agenda di sebalik Christchurch

A
A
A

ISU pembunuhan jemaah Muslim ketika bersolat Jumaat di Christchurch, New Zealand yang dikaitkan dengan kumpulan Neo Nazi menimbulkan seribu satu soalan.

Pembunuhan ini telah lama dirancang dan pemilihan New Zealand tidak dibuat berseorangan. Jika dilihat daripada biodata pembunuh dan rakan subahatnya di Facebook adalah disusun begitu rapi.

Malahan boleh dikatakan rakaman pembunuhan ini telah lama dirancang untuk disiarkan. Ramai mungkin tertipu dengan agenda pembunuhan terancang tersebut. Malahan tidak menghairankan ramai yang menuduh pelampau Neo-Nazi yang melakukannya.

Jika dilihat Neo-Nazi lebih bermusuh dengan Yahudi berbanding Islam. Jutaan Yahudi dibunuh oleh Nazi dan bukannya melibatkan kaum Muslim dalam Perang Dunia Kedua. Boleh dikatakan sewaktu Perang Dunia Kedua Nazi menentang Soviet Union, tentera Islamlah yang membantu Nazi di wilayah Selatan Soviet Union.

Istilah “Whites Discrimination” adalah salah satu serangan psikologi yang dihalakan kepada musuh pembunuh dalam FB pembunuh tersebut. Jadi, kaum Muslim sebenarnya bukan matlamat pembunuhan tersebut.

Berkemungkinan mempunyai kaitan dengan tindakan New Zealand pada 7 Januari 2017 yang tidak bersetuju dengan Israel dalam isu penempatan haram mereka di Palestin. Tindakan Menteri Luar New Zealand, Murray McCully yang mengundi bersama dengan Venezuala, Senegal dan Malaysia menolak resolusi Israel, Netanyahu dan Presiden Amerika, Donald Trump mengenai penempatan Israel di tanah Palestin.

Tindakan ini dianggap sebagai perang. New Zealand juga sekian lama tidak bersetuju dengan Israel yang menafikan hak Palestin termasuklah pembinaan sempadan konkrit dalam pemisahan sempadan Israel-Palestin. New Zealand merupakan antara negara yang menduduki kerusi “Non-Permanent Seat” di Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu lebih memilih jalan perdamaian dan kemerdekaan bagi kedua-dua negara supaya rantau Timur Tengah kembali aman dan makmur.

Dasar luar New Zealand yang agak tidak baik dengan Israel, sebaliknya berbaik dengan Muslim adalah tidak disenangi Israel. New Zealand sangat lembut dengan kaum Muslim dengan diberi tempat pula kepada pelarian dari Timur Tengah tanpa sekatan. Ini mengundang perasaan iri hati dan tidak boleh duduk senang tindakan New Zealand yang tidak sehaluan dengan negara-negara Barat lain.

Artikel Berkaitan:

Berbalik kepada isu pembunuhan tersebut, senjata dan taktik yang digunakan menunjukkan pembunuh dan rakan subahat yang terlibat telah dilatih, diberikan pendedahan mengenai struktur masjid dan dibakar semangatnya untuk melaksanakan misi tersebut. Disebabkan itu sewaktu ditangkap, wajah pembunuh dan rakan subahat tidak menunjukkan penyesalan malah puas dengan tindakan tersebut. Seolah-olah memberi gambaran seperti seorang psiko yang tidak berperikemanusiaan.

Apa yang dilihat ialah teknik dan kaedah pembunuhan sama seperti yang digunakan oleh ISIS dalam membunuh tawanan mereka. Persamaan teknik ini memberikan seribu satu persoalan. Adakah kedua-dua peristiwa tersebut datang daripada satu sumber latihan yang sama. Kebetulan tarikh pilihan raya Israel semakin dekat.

Jika diamati pilihan raya-pilihan raya sebelum ini, banyak kejadian seumpamanya berlaku secara kebetulan. Ini menimbulkan motif sebenar agenda pembunuhan tersebut. Jika pembunuhan ini untuk melaga-lagakan antara pengikut-pengikut ideologi Neo Nazi dengan kaum Muslim, maka usaha ini adalah sia-sia sahaja.

Sebaliknya, apa yang berlaku adalah lebih merapatkan golongan Kristian yang sederhana dengan kaum Muslim disebabkan kejadian tersebut. Serangan ini telah membuka mata non-Muslim di dunia untuk menafikan Islamofobia. Sejarah menunjukkan ideologi Nazi telah diilhamkan dan dibangunkan oleh seorang tokoh bernama Johann Gottlieb Fichte dan dikembangkan oleh Dietrich Eckart dan Arnold Franck dalam Parti Nazi pada tahun 1920-an.

Kebangkitan ideologi Nazi mempunyai kaitan dengan kekalahan teruk Jerman dalam Perang Dunia Pertama. Akibatnya, raja Jerman Kaiser Wilhem II digulingkan dan digantikan dengan sistem demokrasi berpresiden. Untuk memulihkan Jerman daripada kekalahan Perang Dunia Kedua, ideologi Nazi mencadangkan untuk melancarkan Perang Rakyat bagi menyucikan Jerman daripada anasir-anasir yang bertanggungjawab dalam kekalahan Perang Dunia Pertama.

Anasir-anasir yang dimaksudkan tidak melibatkan kaum Muslim. Disebabkan itu, Nazi di bawah kepimpinan Adolf Hitler lebih sudi menyerang Soviet Union yang dikuasai komunis daripada negara-negara Islam yang dikuasai sebahagiannya British. Sedangkan sumber minyak dan hasil galian adalah paling banyak terdapat di negara-negara Islam naungan British seperti Turki, Iraq, Arab Saudi, Iran, Jordan, Syria dan sebagainya.

Fahaman Nazi menyebabkan Yahudi tidak boleh bertapak di Jerman. Ideologi ini bermula secara rasmi pada tahun 1920 oleh National Socialist German Workers' Party. Walaupun begitu, secara tidak rasminya fahaman ini telah lama diamalkan dengan menolak ideologi komunis yang melihat kepada pengkelasan.

Perang dengan Soviet Union menyebabkan kaum Yahudi akhirnya berhijrah ke Amerika dan mereka merancang Peristiwa Serangan Jepun ke atas Pearl Habour 1941. Penglibatan Amerika akhirnya meruntuhkan kekuasaan Nazi di Eropah dan dunia keseluruhan.

* Penulis ialah Pensyarah Kanan Fakulti Sains Pentadbiran dan Pengajian Polisi, UiTM Kelantan