Bomba redah sungai padam kebakaran

Kebakaran hutan di Kampung Pulai.
Kebakaran hutan di Kampung Pulai.
A
A
A

GUA MUSANG - Sepasukan anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) daerah terpaksa meredah sungai untuk memadamkan kebakaran hutan di Kampung Pulai, di sini.

Ketua Operasi, Alias Dollah berkata, pihaknya menerima panggilan pada jam 6.18 petang bagi mendapatkan bantuan.

Katanya, operasi pada kali ini agak mencabar kerana lokasi kebakaran itu terletak di seberang sungai.

Operasi yang melibatkan lima anggota itu berakhir pada jam 7 malam.
Operasi yang melibatkan lima anggota itu berakhir pada jam 7 malam.

"Jarak ke lokasi itu lebih kurang 25 kilometer. Hutan tersebut telah ditebang untuk dijadikan ladang dengan anggaran keluasan 140 hektar.

"Anggaran lokasi yang terlibat dalam kebakaran adalah 60 hektar (bertompok). Kawasan itu sudah dibuat 'Fire Break' oleh pihak ladang.

"Bagaimanapun, anggota bomba membantu pihak ladang membuat 'fire break' memandangkan tiada sumber air. Malah, jarak punca air (sungai) terdekat adalah lebih kurang 700 meter," katanya.

Artikel Berkaitan:

Tambah Alias, operasi yang melibatkan lima anggota itu berakhir pada jam 7 malam.

"Operasi terpaksa dihentikan akibat angin kencang serta cuaca gelap," katanya.

Anggota bomba membantu pihak ladang membuat 'fire break'.
Anggota bomba membantu pihak ladang membuat 'fire break'.