Insiden letupan gas ragut 16 nyawa di negeri Wa, Myanmar

Negeri Wa menikmati kuasa autonomi dalam Myanmar selain mempunyai sekitar 30,000 tentera sendiri.
Negeri Wa menikmati kuasa autonomi dalam Myanmar selain mempunyai sekitar 30,000 tentera sendiri.
A
A
A

MONGMAW - MYANMAR.Insiden letupan gas di sebuah negeri dikuasai etnik Wa di sempadan timur Myanmar membunuh 16 orang dan mencederakan berpuluh yang lain, lapor United Wa State Army (UWSA).

Menerusi video yang dimuat naik jurucakap UWSA, Nyi Rang di laman Facebook, pekerja pasukan kecemasan dilihat berada di lokasi letupan di bandar Mongmaw.

"16 orang terbunuh manakala 48 yang lain cedera dalam insiden terbabit," katanya sambil mengesahkan letupan berlaku petang semalam.

Negeri Wa yang terletak di sempadan antara China dan Myanmar dianggarkan hanya mempunyai kira-kira 600,000 penduduk.

Ia juga menikmati kuasa autonomi dalam Myanmar selain mempunyai sekitar 30,000 tentera minoriti.

Tahun ini, negeri Wa menyambut ulangtahun ke-30 gencatan senjata bersama tentera kebangsaan dan bakal membuka pintunya kepada orang luar selama tiga hari pada bulan depan.

Etnik Wa juga mempunyai hubungan rapat dengan China dan lebih gemar berkomunikasi dalam bahasa Mandarin selain bergantung kepada perdagangan rentas sempadan. - AFP

Artikel Berkaitan: