Produk tempatan ke pasaran Jepun

Ronald (dua dari kiri) bersama tetamu yang hadir menunjukkan salah satu produk keluaran tempatan di bawah jenama MyKitchen yang dipamerkan.
Ronald (dua dari kiri) bersama tetamu yang hadir menunjukkan salah satu produk keluaran tempatan di bawah jenama MyKitchen yang dipamerkan.
A
A
A

SELAYANG - Langkah untuk memasarkan 70 unit simpanan stok (SKU) produk agromakanan terpilih melibatkan 25 syarikat perusahaan kecil dan sederhana (PKS) keluaran tempatan ke pasaran Jepun dengan menggunakan jenama tunggal, MyKitchen dibuat bagi memantapkan sistem pemasaran yang lebih efisien dan terarah.

Menteri Pertanian dan Industri Makanan (MAFI), Datuk Seri Dr Ronald Kiandee berkata, melalui kaedah itu pemasaran produk seperti perencah masakan, produk berasaskan nanas, madu kelulut, keropok, biskut dan lain-lain mudah untuk dipromosikan.

Beliau berkata, usaha penerokaan pasaran antarabangsa itu dilaksanakan Syarikat Pengurusan Pengeskportan Malaysia (MyEMC) melalui kolaborasi strategik awam-swasta untuk memperkukuhkan jenama produk tempatan bagi memastikan lebih banyak produk agromakanan menembusi pasaran Jepun.

Ronald (dua dari kiri) menyempurnakan gimik pelepasan pada Majlis Flag Off Pengeksportan Produk Agromakanan ke Jepun yang berlangsung di Ibu Pejabat FAMA, Selayang pada Jumaat. Turut sama Mohamad Mustahapa (kiri).
Ronald (dua dari kiri) menyempurnakan gimik pelepasan pada Majlis Flag Off Pengeksportan Produk Agromakanan ke Jepun yang berlangsung di Ibu Pejabat FAMA, Selayang pada Jumaat. Turut sama Mohamad Mustahapa (kiri).

“Inisiatif ini turut melibatkan pemain industri yang terdiri daripada usahawan pengeluar, pengeksport, pengimport luar negara dan pemasaran luar negara bertujuan untuk mengatasi masalah penembusan pasaran.

“Jadi, kerajaan melalui MAFI akan terus menggunakan apa sahaja pendekatan untuk dilaksanakan oleh syarikat supaya kita dapat membantu mempromosikan produk agromakanan keluaran tempatan ke pasaran antarabangsa,” katanya ketika ditemui selepas selesai menyempurnakan Flag Off Pengeksportan Produk Agromakanan ke Jepun di Ibu Pejabat Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) di sini pada Jumaat.

Turut hadir, Timbalan Ketua Pengarah (Pembangunan) FAMA, Datuk Mohamad Mustahapa Awang.

Sebelum itu, Ronald menyaksikan sesi menandatangani memorandum persefahaman (MoU) bersama syarikat pengurusan eksport (EMC), SD Implex Japan Co Ltd untuk sama-sama promosi dan pemasaran produk agromakanan di Jepun.

Jelas Ronald, MoU ini juga merupakan sebahagian usaha MAFI dalam memperkukuhkan jenama MyKitchen dan MyKitchen Fresh di negara Matahari Terbit itu.

Tempahan eksport

Melalui Pejabat Penasihat Pertanian (PPP) di Tokyo yang dipantau rapi oleh Bahagian Pembangunan Perniagaan dan Pelaburan (BDI) dengan kerjasama strategik syarikat SD Implex Japan Co Ltd sebagai EMC telah berjaya meningkatkan jumlah tempahan eksport sebanyak 992 karton.

“Ia melibatkan 36 SKU terdiri daripada lebih 50,000 unit produk sedia dimakan, sedia diminum dan sedia dimasak keluaran 13 buah syarikat pengeluar dan usahawan seluruh negara di bawah satu jenama.

“Menyedari prospek pasaran makanan yang meluas di Jepun, SD Impex Japan Co Ltd telah mengadakan siri pemeteraian MoU bersama Tech Innovation Co Ltd salah satu pemborong berdaftar di Don Quijote.

“Semasa berlangsungnya World Food and Beverage Tokyo 2022 (FABEX) pada 13 - 15 April 2022 lalu, satu lagi MoU telah dimeterai bersama SS Halal Co, Ltd syarikat pemasaran produk makanan di bawah pemantauan FAMA, dalam memperkukuhkan jenama MyKitchen dan MyKitchen Fresh di Jepun,” katanya.

Sementara itu, ditanya mengenai perancangan MAFI untuk melebarkan sayap ke negara-negara lain, Ronald berkata, selain Jepun pihaknya turut memfokuskan pengukuhan EMC di Emiriah Arab Bersatu (UAE) dan Selatan Thailand.

Justeru katanya, MAFI mempelawa mana-mana syarikat pengeluar dan usahawan tempatan yang ingin menjalin kerjasama dengan MAFI di bawah MyKitchen menembusi pasaran global di negara-negara lain.

Antara produk di bawah jenama MyKitchen yang dipasarkan ke Jepun.
Antara produk di bawah jenama MyKitchen yang dipasarkan ke Jepun.

Bilangan SKU terlibat di bawah inisiatif MyKitchen

SD Impex Sdn Bhd

Jenama: Asian Taste

Kategori: Perencah masakan

Fariza Marketing Sdn Bhd

Jenama: Faiza

Kategori: Perencah masakan

SPL Food Industries

Jenama: Hj Man Laksa

Kategori: Perencah masakan

Adabi

Jenama: Adabi

Kategori: Perencah masakan, snek

Sophia TAHA Holdings

Jenama: Sophia Taha

Kategori: Lada hitam, kopi

JTP Trading

Jenama: Melita

Kategori: Produk berasaskan nanas

NQ Groupings Empire

Jenama: NUHA

Kategori: Bawang putih goreng

Nafas

Jenama: Peladang

Kategori: Chocholate Malt, Tebal Ok,

Amplang

Bayu Gagah Manufacturing

Jenama: Bayu Kelulut

Kategori: Madu kelulut

Dafinah Delights

Jenama: Dafinah Delights

Kategori: Snek, keropok

HE Bumi Enterprise/

Marhas Trading

Jenama: PakCHIPS

Kategori: Snek, keropok

Hamie Industries

Jenama: TokYam

Kategori: Snek, keropok

Kasputeri Sdn Bhd

Jenama: GANU crackers

Kategori: Snek, keropok

SZ Legacy

Jenama: Sweet banana

Kategori: Snek, keropok

Tastiway Sdn Bhd

Jenama: Tastiways

Kategori: Snek

Made About Cake Sdn Bhd

Jenama: CMW

Kategori: Biskut

SR Snacks Sdn Bhd

Jenama: Sahana

Kategori: Maruku

Tishas Food Manufacturing

Jenama: Tisha’

Kategori: Roti prata

Yugatrade Sdn Bhd

Jenama: INA

Kategori: Mi segera

Rush Baby Food

Jenama: Rush baby Food

Kategori: Mi organik

MamaG Marketing

Jenama: MamaG

Kategori: Sos keju

Frozen Jackfruit

Jenama: Makatas

Kategori: Sejuk beku

Frozen Durian

Jenama: Makatas

Kategori: Sejuk beku

Ronald (tengah) menyaksikan sesi tandatangan MoU MAFI bersama syarikat pengurusan eksport (EMC), SD Implex Japan Co Ltd.
Ronald (tengah) menyaksikan sesi tandatangan MoU MAFI bersama syarikat pengurusan eksport (EMC), SD Implex Japan Co Ltd.