Teng Yen anak tempatan di persada antarabangsa

Walaupun sibuk bekerja, Teng Yen tetap luangkan masa untuk bersama keluarga
Walaupun sibuk bekerja, Teng Yen tetap luangkan masa untuk bersama keluarga
A
A
A

Tidak lekang dengan senyuman dan sentiasa bersemangat ketika berbual, Lai Teng Yen, merupakan figura yang bukan calang-calang.

Anak tempatan kelahiran Taiping, Perak ini sedang menempa kejayaan menerusi kerjaya yang membanggakan di peringkat antarabangsa.

Teng Yeng telah bersama Flex lebih dua dekad lalu, sebuah syarikat multinasional dalam pembuatan dan perkilangan yang terbesar di dunia.

Bermula dari bawah sebagai pengurus program, beliau kini berpangkalan di Hong Kong sebagai Naib Presiden Kanan Operasi Global Asia dan bertanggungjawab menguruskan operasi syarikat di lima buah negara termasuk lebih 55,000 pekerja.

Bagi meraih kejayaan setinggi ini, Teng Yen percaya bukan semua rezeki akan jatuh ke riba dengan mudah.

Selain kerja keras, beliau sentiasa berfikiran positif dan tidak akan sesekali mengeluh ketika berhadapan dengan cabaran. Bagi Teng Yen, setiap cabaran ibarat batu loncatan untuk beliau terus maju ke hadapan.

Teng Yen mempunyai Ijazah Perniagaan, khusus dalam Pengurusan Operasi dan Perakaunan dari Universiti South Wales di United Kingdom. Beliau turut mempunyai Diploma Tinggi ACCA dalam bidang perakaunan.

Teng Yen
Teng Yen

“Sejujurnya bukan mudah untuk saya berada di tahap sekarang namun ia hasil daripada kerja keras selama ini dan komited dengan tanggungjawab.

“Saya juga mencabar diri untuk menceburi pelbagai bidang bagi memperluaskan pengalaman. Dari perakaunan, saya mencuba bidang pemasaran dan pengurusan program.

“Saya beruntung kerana diberi peluang untuk mempelajari bidang rantaian bekalan bahan dan seterusnya pengurusan operasi,” katanya.

Pelbagai cabaran terpaksa dihadapinya namun beliau berpendirian untuk terus belajar dan tidak melakukan kesilapan selain harus bekerja dalam berpasukan untuk mencipta kejayaan.

Beliau akui amat bertuah kerana dikelilingi dengan mentor-mentor yang sentiasa membimbing sehingga berada di tahap ini.

Kini, giliran saya pula untuk membimbing sesiapa yang ingin berjaya dan tidak mudah putus asa,” ujarnya.

Terima pengiktirafan

Peranan dan khidmat bakti Teng Yen diiktiraf oleh Kerajaan Wilayah Guandong sebagai Usahawan Cemerlang Tahun 2021 semasa beliau menguruskan syarikat di China Selatan.

Selain itu, Teng Yen juga pernah memegang jawatan kanan dalam syarikat multinasional lain di beberapa negara Asia sebelum ini.

Walaupun hanya dapat tidur tiga jam hampir setiap hari, namun beliau sentiasa cergas ketika bekerja.

Teng Yen sekeluarga gemar melancong
Teng Yen sekeluarga gemar melancong

Ketika wartawan menemubual beliau pada taklimat dan lawatan di Flex Penang Batu Kawan Pulau Pinang, Teng Yen kelihatan begitu ceria dan bersemangat walaupun mempunyai jadual yang padat sepanjang beliau berada di Malaysia.

Beliau berpendapat dengan bersenam setiap hari membolehkan dirinya kekal tangkas dan bertenaga seharian.

Beliau memilih untuk berlari atau berenang sebagai senaman hariannya. Dengan semangat ini juga, Teng Yen dapat mengurangkan berat badan dari 0kg ke 70kg dan kini menjalani gaya hidup yang lebih sihat.

Teng Yen telah yang telah berumahtangga, dikurniakan seorang nak lelaki dan kini menetap di Hong Kong.

“Kerjaya saya memerlukan saya untuk ke luar negara dengan lebih kerap. Mujur isteri dan anak amat memahami tugas dan tanggungjawab saya ini. Sungguhpun begitu, saya sedaya upaya akan membahagikan masa bersama keluarga.

“Sebelum pandemik, kami gemar melancong ke pelbagai negara untuk mempelajari budaya sesuatu negara itu. Malah, kami juga suka mencuba pelbagai makanan di negara yang dilawati.

“Antara destinasi percutian kegemaran kami ialah Jepun, Australia dan Switzerland. Memandangkan beberapa negara sudah membuka sempadan, kami akan mengambil kesempatan untuk melancong setelah sekian lama tidak ke mana-mana,” katanya.

Walaupun Teng Yen kerap merantau ke luar negara, beliau masih mengingati Malaysia. Selain keluarga dan rakanrakan, Teng Yen amat merindui makanan di Malaysia seperti sup tomyam.