RM30 juta dikumpul bagi membantu keluarga mangsa serangan

Seorang kanak-kanak memegang plakad bertulis 'Kami Bersatu' ketika menghadiri himpunan mengenang mangsa serangan masjid di Christchurch pada 15 Mac lalu. - Foto AFP
Seorang kanak-kanak memegang plakad bertulis 'Kami Bersatu' ketika menghadiri himpunan mengenang mangsa serangan masjid di Christchurch pada 15 Mac lalu. - Foto AFP
A
A
A

WELLINGTON - NEW ZEALAND. Sejumlah NZ$10.8 juta (RM30 juta) sumbangan awam telah dikumpul bagi membantu ahli keluarga 50 mangsa yang terkorban susulan serangan masjid di Christchurh pada 15 Mac lalu.

Laman sesawang GiveaLittle.co.nz berkata, ia menerima NZ$8,271,847 (RM23 juta) daripada 91,000 penderma, manakala LaunchGood.com yang memfokuskan kepada komuniti Muslim menerima sumbangan berjumlah NZ$2,546,126 (RM7 juta) daripada 40,000 penderma.

Susulan serangan pengganas tempoh hari, rakyat New Zealand tidak putus-putus menzahirkan solidariti terhadap komuniti Muslim yang terkesan, sekaligus menidakkan 'kemenangan' buat pengganas yang cuba menyebarkan ideologi jahat di negara yang dihuni kira-kira 4.5 juta penduduk itu.- AFP

Artikel Berkaitan: