Dewan Rakyat lulus penubuhan KRPPM pendanaan politik

No Image Caption
A
A
A

SHAH ALAM - [DIKEMAS KINI] Dewan Rakyat meluluskan penubuhan Kumpulan Rentas Parti Parlimen Malaysia (KRPPM) mengenai pendanaan politik Malaysia seperti yang dicadangkan Ahli Parlimen Pasir Mas, Ahmad Fadhil Shaari.

Setiausaha Dewan Rakyat, Nizam Mydin Bacha Mydin dalam kenyataan rasmi pada Jumaat memaklumkan, permohonan Ahmad Fadhil pada 7 April lalu melalui borang pendaftaran KRPPM telah diterima Pejabat Setiausaha Dewan Rakyat pada 11 April.

"Sehubungan dengan itu adalah diharapkan penubuhan KRPPM dapat mencapai objektif serta diurus tadbir mengikut garis panduan dan peraturan yang telah ditetapkan," katanya.

KRPPM merupakan forum atau platform mengenai suatu topik kepentingan bersama dalam kalangan ahli Parlimen, Senator Dewan Negara serta pihak luar untuk bincang, meneliti dan mengemukakan laporan cadangan-cadangan kepada Parlimen atau jawatankuasanya.