Jangan bersedih tidak dapat tunaikan haji

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Idris Ahmad ketika sidang media pada Majlis Perasmian Town Hall dan Pelancaran Buku 'Keluarga Malaysia Keluarga Sejahtera' di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) hari ini. -Foto Bernama
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Idris Ahmad ketika sidang media pada Majlis Perasmian Town Hall dan Pelancaran Buku 'Keluarga Malaysia Keluarga Sejahtera' di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) hari ini. -Foto Bernama
A
A
A
PUTRAJAYA- Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Senator Datuk Idris Ahmad menasihati umat Islam yang tidak dapat mengerjakan ibadah haji tahun ini agar tidak bersedih.

Menurutnya, syarat untuk menunaikan haji adalah berkemampuan.

"Walaupun ada duit, sihat badan, kadang-kadang perjalanan ke Makkah contohnya tidak selamat maka kita tidak berdosa," katanya.

Menurutnya, seseorang individu akan berdosa jika berkemampuan namun tidak menunaikan ibadah tersebut.

"Insya-ALLAH, ALLAH SWT tetap akan berikan pahala kepada kita (yang tidak dapat menunaikan haji)," katanya pada sidang akhbar selepas majlis pelancaran Buku Keluarga Malaysia Keluarga Sejahtera, dekat sini pada Jumaat.

Beliau berkata demikian mengulas mengenai kuota haji yang dikurangkan kepada 14,306 tahun ini iaitu 45 peratus daripada kuota tahunan yang kebiasaannya diterima.

Arab Saudi menetapkan kuota haji seramai satu juta jemaah bagi musim 2022 yang mana 85 peratus daripadanya untuk jemaah luar.

Jumlah sejuta jemaah itu adalah 45 peratus daripada 2.5 juta orang pada 2019.

Kerajaan Malaysia dijangka akan membuat melalui Kedutaan Arab Saudi di negara ini dalam masa terdekat.