Sila log masuk terlebih dahulu.

Imigresen Sabah tidak pernah keluarkan arahan bayaran permit masuk KDN

Antara dokumen tular yang didakwa dikeluarkan oleh Imigresen Malaysia Sabah.
Antara dokumen tular yang didakwa dikeluarkan oleh Imigresen Malaysia Sabah.
A
A
A

KOTA KINABALU - Jabatan Imigresen Malaysia (Imigresen Malaysia) tidak pernah mengeluarkan sebarang surat arahan pembayaran permit masuk Kementerian Dalam Negeri (KDN) yang tular di media sosial baru-baru ini.

Pengarah Imigresen Malaysia, Sabah, Sharifah Sitti Saleha Habib Yusof berkata, pihaknya telah menerima satu aduan yang mengatakan tular satu surat bertajuk arahan pembayaran permit masuk KDN yang dikeluarkan pihaknya.

"Hasil semakan pihak Imigresen Malaysia Sabah mendapati semua dokumen berkenaan adalah palsu dan tidak pernah dikeluarkan di Pejabat Imigresen negeri Sabah.

"Imigresen Malaysia Sabah menasihatkan orang ramai agar tidak terpedaya dengan sindiket pemalsuan dokumen dan berhubung terus ke Pejabat Imigresen yang terdekat untuk mendapatkan maklumat yang tepat sekiranya ada pihak yang mendakwa boleh menguruskandokumen jabatan ini," katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.

Menurutnya, sebarang aduan dan pelaporan boleh disalurkan terus ke Sistem Pengurusan Aduan Awam (SISPAA) Imigresen di laman sesawang https://imi.spab.gov.my.

Justeru beliau berkata, berkata, Imigresen Malaysia Sabah bersama agensi penguat kuasa yang lain memohon kerjasama rakyat di negara ini khususnya di Sabah untuk melaporkan sebarang jenis dokumen imigresen yang meragukan bagi membendung serta membanteras kegiatan ini.

"Tanggungjawab ini bukan hanya digalas oleh pasukan keselamatan sahaja, namun ia juga adalah tanggungjawab masyarakat dan rakyat Malaysia untuk sama-sama menjaga keselamatan dan kedaulatan negara.

Artikel Berkaitan: