Tiga pengarah syarikat didakwa esok

Muhamad Asyraf (kanan) ditemui media, sebentar tadi.
Muhamad Asyraf (kanan) ditemui media, sebentar tadi.
A
A
A

JOHOR BAHRU - Tiga pengarah syarikat dipercayai bertanggungjawab dalam insiden pencemaran Sungai Kim Kim, Pasir Gudang akan didakwa esok.

Prosiding yang sepatutnya berjalan petang ini ditangguhkan atas faktor kesuntukan masa.

Menurut Timbalan Pendakwa Raya, Muhamad Asyraf Md Kamal berkata, pertuduhan esok melibatkan empat pihak termasuk syarikat terlibat.

"Esok akan sambung untuk 15 kesalahan bagi 60 pertuduhan atas kesalahan Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974.

"Tak sempat teruskan hari ini kerana OKS (orang kena saman) perlu dibawa kembali ke lokap," katanya kepada pemberita.

Sebentar tadi, dua daripada tiga tertuduh hadir di kamar Mahkamah Sesyen untuk mendengar pertuduhan.

Sementara itu, pagi tadi pemandu lori dan dua pengarah syarikat terbabit telah dituduh atas dakwaan melupuskan buangan berjadual dengan lori tanpa kelulusan.

Artikel Berkaitan: