Iftar ala Madinah wajar dijadikan ikutan sempena Ramadan

Program Iftar Ala Madinah@Karangkraf yang berlangsung sejak 4 April lalu ternyata mendapat sambutan sangat menggalakkan.
Program Iftar Ala Madinah@Karangkraf yang berlangsung sejak 4 April lalu ternyata mendapat sambutan sangat menggalakkan.
A
A
A

PROGRAM Iftar Ala Madinah@Karangkraf yang berlangsung sejak 4 April lalu ternyata mendapat sambutan sangat menggalakkan.

Merak Jalanan perhatikan jumlah tetamu semakin hari semakin meningkat.

Malah, program sebegini juga sangat bagus kerana umat Islam dapat merasai suasana berpuasa puasa seperti di Makkah dan Madinah.

Boleh datang bersama keluarga atau rakan-rakan. Menariknya kerana layanan yang diberikan sama rata dan sama adil. Tiada yang duduk di kerusi atau meja yang dihias indah. Semuanya bersila beralaskan tikar panjang.

Merak Jalanan juga berkesempatan berbuka puasa bersama yang lain. Nak juga sama memeriahkan suasana Program Iftar Ala Madinah@Karangkraf.

Sambil-sambil menunggu untuk berbuka puasa, orang ramai mendengar tazkirah dan ceramah bersama-sama.

Pada pendapat Merak Jalanan, budaya iftar ala Madinah ini wajar dijadikan trend di seluruh dunia. Pendekatan iftar sebegini boleh menangkis persepsi Islamophobia yang selama ini menjadi ancaman di negara Barat.

Misalnya, di Britain, kumpulan sukarelawan pelbagai aliran agama turut serta menyediakan iftar di SOAS University of London yang digelar ‘Ramadan Tent’ dan iftar terbesar iaitu ‘Open Iftar 2022’ turut dianjurkan di pekarangan Royal Albert Hall.

Di Dubai, orang ramai berkunjung ke Masjid Al Farooq Omar Bin Al Khattab dan iftar terpanjang dihadiri lebih 3,000 orang bertempat di Kaherah, Mesir.

Daripada Zaid bin Khalid bahawasanya Rasulullah SAW bersabda: “Siapa yang memberi makan kepada orang yang berpuasa, maka baginya pahala seumpamanya tanpa sedikit pun kurang pahala orang berpuasa.” (Riwayat ahmad, al-Tarmizi dan al-Baihaqi)

Semoga kita sentiasa menjadi hamba ALLAH yang suka menjamu mereka yang berpuasa.