Sainz setia bersama Ferrari

Sainz semasa menguji jentera Ferrari di Jeddah. - Foto AFP
Sainz semasa menguji jentera Ferrari di Jeddah. - Foto AFP
A
A
A

PELUMBA Sepanyol, Carlos Sainz Jr menegaskan akan berlumba untuk Ferrari dalam Formula Satu sehingga akhir musim 2024, kata pelumba berusia 27 tahun tersebut.

Sainz, yang menduduki tempat kelima dalam kedudukan keseluruhan pada 2021 di musim sulungnya bersama Ferrari, menamatkan saingan di podium dalam dua perlumbaan pertama musim ini di Bahrain dan Arab Saudi.

"Saya selalu mengatakan bahawa tidak ada pasukan (Formula Satu) yang lebih baik untuk berlumba dan selepas lebih setahun bersama mereka, saya boleh mengesahkan bahawa memakai sut perlumbaan ini dan mewakili pasukan ini adalah unik dan tiada tandingannya," kata Sainz dalam satu kenyataan.