Dua treler terbakar, laluan ke selatan sesak

Kebakaran itu berlaku apabila treler tanpa muatan melanggar treler muatan plastik yang menyebabkan berlakunya kebocoran minyak.
Kebakaran itu berlaku apabila treler tanpa muatan melanggar treler muatan plastik yang menyebabkan berlakunya kebocoran minyak.
A
A
A

KUALA KANGSAR - Kebakaran melibatkan dua treler di KM259.2, Lebuh Raya Utara Selatan arah Selatan di sini, hari ini, menyebabkan kesesakan trafik lebih lima jam.

Kejadian kira-kira jam 11.30 pagi itu melibatkan treler bermuatan plastik dan tanpa muatan namun kedua-dua pemandunya masing-masing berusia 36 dan 38 tahun terselamat.

Kejadian itu menyebabkan laluan di pekan Kuala Kangsar dan Sungai Siput turut sesak dengan pertambahan jumlah kenderaan yang melalui untuk ke Ipoh.

Ketua Polis Daerah Kuala Kangsar, Asisten Komisioner Razali Ibrahim berkata, siasatan awal mendapati kemalangan itu berlaku apabila treler bermuatan plastik berhenti di lorong kiri kerana mengalami masalah enjin.

"Treler tanpa muatan yang dipandu lelaki berusia 36 tahun telah melanggar bahagian belakang trelernya menyebabkan berlaku kebocoran minyak diesel dan seterusnya terbakar.

Kemalangan itu menyebabkan laluan ke Kuala Lumpur sesak bermula di Kawasan Rehat dan Rawat Sungai Perak.
Kemalangan itu menyebabkan laluan ke Kuala Lumpur sesak bermula di Kawasan Rehat dan Rawat Sungai Perak.

"Disebabkan api marak terlalu cepat, ia turut merebak ke treler yang membawa muatan plastik terbabit. Insiden itu juga menyebabkan berlakunya tumpahan minyak di lebuh raya," katanya.

Menurutnya, pelbagai agensi termasuk bomba, ambulans, Plus Ronda dan Projek Penyelenggaraan Lebuhraya Berhad (Propel) berada di lokasi kejadian.

Artikel Berkaitan:

"Operasi masih diteruskan untuk memadam kebakaran dan membersihkan kesan tumpahan minyak untuk keselamatan pengguna lebuh raya.

"Tiada tangkapan dibuat dan siasatan masih dijalankan," katanya.