Terapkan konsep Rahmah di semua masjid: Mujahid

Mujahid ketika berucap melancarkan model masjid Rahmah di Masjid Al-Fateh.
Mujahid ketika berucap melancarkan model masjid Rahmah di Masjid Al-Fateh.
A
A
A

JITRA - Semua masjid diharap menerapkan konsep Rahmah Masjid di kawasan masing-masing, dalam usaha mengimarahkan masjid selain menjadikan ia sebagai pusat kebangkitan Islam.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Mujahid Yusof berkata, konsep Rahmah yang diperkenalkan merangkumi pelbagai aspek, antaranya mewujudkan masjid yang mesra dan ramah termasuk menyantuni bukan Islam, suasana aman tanpa elemen kebencian, harmoni, mesra alam serta saling hormat-menghormati.

Menurutnya, model konsep Rahmah dilancarkan di Masjid Al-Fateh, Tanjung Pauh untuk dicontohi masjid lain di negeri ini.

“Hasrat saya ini dikongsi bersama anak kariah, dan diharap semua masjid juga ikut serta menerapkan konsep ini di masjid masing-masing,” katanya, selepas melancarkan program Rahmah Masjid di Masjid Al-Fateh, hari ini.

Hadir sama, Exco Kesihatan, Pembangunan Luar Bandar, Agama dan Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC), Datuk Dr Ismail Salleh.

Majlis pelancaran Rahmah peringkat kebangsaan akan dilancarkan di Dataran Medan Bandar, berhadapan Masjid Zahir, pada malam ini.

Mujahid berkata, idea Rahmah Masjid dan ‘rahmatan lil alamin’ akan diperluaskan ke setiap negeri dalam siri lawatan beliau, bermula di Kedah.

“Lawatan Rahmah menyantuni pesakit turut diadakan di Hospital Jitra, antara dibincangkan termasuk membantu mewujudkan mesra ibadah, iaitu konsep kerjasama antara masjid dan hospital dalam menggalakkan hubungan sukarelawan antara dua pihak,” katanya.

Artikel Berkaitan: