Akar umbi UMNO Sabah siap sedia hadapi PRU15

Alamin ketika ditemui pemberita pada majlis berbuka puasa di Masjid Imam Abdullah, Kampung Brunei Kimanis, Papar.
Alamin ketika ditemui pemberita pada majlis berbuka puasa di Masjid Imam Abdullah, Kampung Brunei Kimanis, Papar.
A
A
A

PAPAR - UMNO Sabah di peringkat akar umbi sedia menerima sebarang keputusan pimpinan tertinggi parti jika Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) diadakan pada tahun ini.

Ketua Bahagian UMNO Kimanis, Datuk Mohamad Alamin berkata, jentera parti akan terus bekerja bagi memastikan kemenangan UMNO pada PRU15.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Kimanis berkata, jentera parti sudah mula bekerja kuat sejak kalah pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).

"Menjelang pilihan raya kecil, kita kerja lebih kuat kemudian menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah, kita kerja lebih kuat lagi.

"Kita akan terus buat kerja di semua peringkat pusat daerah mengundi (PDM), malah kita telah menggerakkan jentera pilihan raya di semua peringkat.

"Insya- ALLAH kita cukup yakin pada kali ini rakyat akan dapat buat penilaian yang tepat," katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita pada majlis berbuka puasa dan penyampaian sumbangan tanggungjawab sosial korporat (CSR) Sabah Electricity Sdn Bhd (SESB) peringkat Parlimen Kimanis di Masjid Imam Abdullah, Kampung Brunei Kimanis di sini pada Rabu.

Sebelum ini, Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin menjangkakan bahawa PRU15 akan diadakan sebelum hujung tahun ini selepas tamatnya MoU dengan Pakatan Harapan (PH) pada Julai depan.

Diminta mengulas sama ada beliau akan mengekalkan kerusi Parlimen Kimanis yang disandangnya, Mohamad berkata, itu terpulang kepada pucuk pimpinan parti.

"Saya tiada hak untuk bercakap, kita hanya tunggu dan lihat, kita tunggu keputusan parti.

"Sudah tentu (keputusan pucuk pimpinan), jadi kita lihat apa juga keputusan parti nanti, biar parti putuskan dan biar rakyat buat keputusan," katanya.

Artikel Berkaitan: