Lelaki ditahan memandu dalam keadaan mabuk

Lelaki itu ditahan dalam Operasi Mabuk di SPU pagi tadi.
Lelaki itu ditahan dalam Operasi Mabuk di SPU pagi tadi.
A
A
A

KEPALA BATAS- Padah memandu dalam keadaan mabuk, seorang lelaki ditahan dalam Operasi Mabuk yang dijalankan di KM14.3 Lingkaran Luar Butterworth (BORR) arah Butterworth di sini.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara (SPU), Asisten Komisioner Noorzainy Mohd Noor berkata, lelaki berusia 33 tahun itu dalam operasi yang bermula dari jam 12.30 tengah malam hingga 3.20 pagi tadi.

Menurutnya, lelaki itu ditahan kerana melakukan kesalahan di bawah Seksyen 45A(1) Akta Pengangkutan Jalan kerana memandu kenderaan dengan kepekatan alkohol melebihi had yang ditetapkan iaitu 80mg/100ml.

"Lelaki itu telah diuji kepekatan alkohol menggunakan alat khas, SD2+ dalam saringan pertama. Dia diuji sekali lagi menggunakan alat ujian pernafasan, EBAII dan hasil ujiian tersebut mendapati dia telah melebihi had iaitu 129mg/100ml.

"Lelaki itu ditahan reman untuk siasatan lanjut. Saya meminta kepada semua pemandu kenderaan agar memandu berhati-hati ketika di jalan raya dan elakkan memandu ketika berada di bawah pengaruh alkohol.

"Ia akan mengundang bahaya kepada diri sendiri serta risiko terhadap pengguna jalan raya yang lain," katanya ketika dihubungi.

Artikel Berkaitan: