JDT takkan alpa berdepan Kawasaki Frontale

Mora (kiri) bersama pemain JDT, Matthew Davies ketika sidang media pra perlawanan Kumpulan I ACL 2022 di Stadium Sultan Ibrahim pada Rabu.
Mora (kiri) bersama pemain JDT, Matthew Davies ketika sidang media pra perlawanan Kumpulan I ACL 2022 di Stadium Sultan Ibrahim pada Rabu.
A
A
A

JOHOR Darul Ta'zim (JDT) tidak akan alpa dan terbawa-bawa selepas kemenangan 2-1 ke atas Ulsan Hyundai FC pada Isnin sebaliknya akan terus bekerja keras bagi berhadapan pasukan dari Jepun Kawasaki Frontale di Liga Juara-Juara Asia AFC (ACL) 2022 di Stadium Sultan Ibrahim, malam esok.

Pengendali Harimau Selatan, Benjamin Mora berkata, walaupun kedua kelab gergasi Asia itu mempunyai ketersamaan dari segi taktikal dan gaya permainan, itu tidak bermakna yang JDT telah dapat membaca dan mengetahui cara permainan kelab dari Jepun itu.

"Ini satu lagi perlawanan sukar untuk JDT kerana Kawasaki Frontale merupakan sebuah pasukan gergasi Asia, dengan barisan pemain yang hebat seperti Leandro Damiao, Marcio Barbosa dan Joao Schmidt.

"Oleh sebab itu JDT perlu berikan prestasi mereka yang terbaik, dari minit pertama permainan seperti apa yang mereka lakukan dalam perlawanan sebelum ini,” katanya pada sidang media praperlawanan di Stadium Sultan Ibrahim pada Rabu.

Ditanya mengenai sama ada akan mengekalkan barisan sama dengan perlawanan sebelum ini, Mora berkata, beliau akan membuat keputusan itu selepas mendapatkan maklum balas daripada setiap pemain berkaitan dengan kecergasan mereka.

Mora berkata, yang pasukannya terpaksa melupakan untuk menggunakan khidmat Haziq Nadzli, kerana pemain itu masih lagi cedera akibat pelanggaran dengan pemain Ulsan Hyundai, Isnin lepas dan masih belum membuat keputusan sama ada akan menurunkan Izham Tarmizi atau Farizal Marlias. - Bernama