Syed Saddiq kagum sambutan Fit Malaysia 2019 di Selangor

Syed Saddiq berswafoto bersama peserta di program Fit Malaysia 2019 yang berlangsung di Dataran Kemerdekaan Shah Alam di sini.
Syed Saddiq berswafoto bersama peserta di program Fit Malaysia 2019 yang berlangsung di Dataran Kemerdekaan Shah Alam di sini.
A
A
A

SHAH ALAM- Saya terkejut dengan sambutan yang diterima, itu reaksi Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman mengenai sambutan yang diterima pada program Fit Malaysia 2019 bertempat di Dataran Kemerdekaan Shah Alam di sini.

Syed Saddiq berkata, sambutan menggalakkan lebih 10,000 rakyat Selangor pada ini menunjukkan petanda jelas akan komitmen mereka menjalani gaya hidup sihat.

"Jujurnya saya terkejut dan gembira dengan sambutan yang menggalakkan dari rakyat Selangor, sekali gus menunjukkan mereka berminat dalam program sebegini.

"Fit Malaysia merupakan inisiatif bagi meningkatkan penyertaan masyarakat bersukan selain menyahut seruan menjadikan Malaysia sebuah negara bersukan," katanya.

Syed Saddiq bersama Menteri Besar Selangor, Amirudin Shari ketika merasmikan program Fit Malaysia 2019 yang berlangsung di Dataran Kemerdekaan Shah Alam di sini.
Syed Saddiq bersama Menteri Besar Selangor, Amirudin Shari ketika merasmikan program Fit Malaysia 2019 yang berlangsung di Dataran Kemerdekaan Shah Alam di sini.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas hadir merasmikan program Fit Malaysia 2019 yang berlangsung di Dataran Kemerdekaan Shah Alam di sini.

Katanya, Fit Malaysia 2019 selepas ini akan turut diadakan di beberapa negeri lain antaranya Terengganu, Kedah, Johor dan Sabah.

"Saya mencadangkan Fit Malaysia 2019 selepas ini diadakan di negeri Pantai Timur terlebih dahulu.

Artikel Berkaitan:

“Setakat ini, Terengganu menunjukkan minat dan kerjasama untuk mengadakan program ini,” katanya.

Fit Malaysia 2019 ini bermula pada jam 8 pagi hingga 6 petang membabitkan semua golongan warga emas dan orang kelainan upaya (OKU) selain belia, keluarga dan kanak-kanak.

Sebanyak 27 aktiviti dianjurkan antaranya fit warrior, cabaran jump street, soopa doopa, fun ride, fun walk, aerobik, aerobikthon, demo silambam dan pelbagai aktiviti lain.