Sila log masuk terlebih dahulu.

Tinjauan di Depot Imigresen Sementara Relau susulan tahanan lari

20 April 2022 | VIDEO
A
A
A

BERITA SEMASA 20 APRIL 2022

Tinjauan di Depot Imigresen Sementara Relau, Kedah susulan insiden cubaan tahanan melarikan diri, lapor wartawan Sinar Harian, Mohd Iskandar Othman.

Difahamkan, seramai 700 pendatang asing tanpa izin (PATI) yang ditahan di Depot Imigresen Sementara Relau di sini, dilaporkan melarikan diri dalam kejadian awal pagi tadi.

Dalam kejadian kira-kira jam 4 pagi itu, kumpulan PATI antaranya dipercayai warga Indonesia, Bangladesh dan etnik Rohingya dilihat keluar beramai-ramai dari depot terbabit oleh penduduk tempatan.

Dari jumlah itu, seramai 229 tahanan berjaya ditahan semula manakala enam lagi ditemukan maut kemalangan dalam cubaan melarikan diri.

Tonton video menarik di https://bit.ly/3H2tLd1

Muzik: www.bensound.com

#SinarHarian #BeritaSemasa