Sila log masuk terlebih dahulu.

Duterte mahu calon Presiden hadkan pengawal peribadi bersenjata

Duterte berkata setiap calon Presiden hanya perlu memiliki dua pengawal peribadi bersenjata sahaja. Foto: Agensi
Duterte berkata setiap calon Presiden hanya perlu memiliki dua pengawal peribadi bersenjata sahaja. Foto: Agensi
A
A
A

MANILA - Presiden Rodrigo Duterte mengisytiharkan bahawa kerajaan mengkehendaki semua calon Pilihan Raya Presiden Filipina untuk menghadkan bilangan pengawal peribadi bersenjata kepada hanya dua orang.

Menurut Duterte, calon yang mengingkari arahan tersebut akan ditangkap dan didakwa.

Tambahnya, untuk tujuan itu beliau akan menguatkuasakan Doktrin Alunan bagi memastikan perjalanan pilihan raya yang aman dan jujur.

Pilihan Raya Presiden Filipina akan diadakan pada 9 Mei depan.

"Saya telah memaklumkan perkara ini kepada Kabinet dan peraturan ini harus benar-benar dipatuhi termasuk Doktrin Alunan," kata Duterte merujuk kepada peraturan yang diperkenalkan oleh bekas Setiausaha Dalam Negeri, Rafael Alunan III yang berkhidmat semasa pentadbiran Presiden Fidel Ramos.

Tambah Duterte di bawah Doktrin Alunan, mana-mana calon yang mempunyai lebih daripada dua pengawal peribadi bersenjata dianggap memiliki tentera persendirian.

Sebaliknya, Duterte menasihatkan calon yang bimbang dengan keselamatan mereka supaya mendapatkan bantuan polis atau tentera.

Namun, masih tidak jelas bagaimana Duterte mahu melaksanakan arahan tersebut terutamanya di kawasan panas pilihan raya di mana beberapa ahli politik mempunyai tentera persendirian.

Artikel Berkaitan:

Kes keganasan berkaitan pilihan raya telah dilaporkan dalam hampir semua tinjauan pendapat Filipina.

Dalam pilihan raya separuh penggal 2019 sahaja, sekurang-kurangnya 30 orang telah terbunuh kerana persaingan politik. - Agensi