Buka, siasat semula kes kematian Adam: Pejuanita

Bibi Sunita (tengah) ditemui selepas membuat laporan di Balai Polis Setiawangsa pada Selasa.
Bibi Sunita (tengah) ditemui selepas membuat laporan di Balai Polis Setiawangsa pada Selasa.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Pejuangnita Parti Pejuang Tanahair (Pejuang) Wilayah Persekutuan meminta siasatan semula dapat dijalankan berhubung kematian Muhammad Adam Rizqi Abdul Azim atau Adam pada 3 Mei 2020.

Ketua Pejuanita Wilayah Persekutuan, Bibi Sunita Sakandar Khan berkata, kes itu dirasakan perlu dibuka semula bagi mengenal pasti punca sebenar kematian bayi berusia 10 bulan berkenaan kerana dikhuatiri wujud unsur penderaan.

"Pejuanita Wilayah Persekutuan melihat ia satu perkara yang perlu dibuka semula (kes tersebut) kerana kematian baby Adam tidak dibuat post morten, apakah punca-puncanya yang menyebabkan kematian baby Adam.

"Dahulunya sebelum kejadian, baby Adam dalam keadaan sihat, agak berisi dan sebagainya tetapi semasa meninggal dunia, arwah dalam keadaan amat kurus dan kita tidak tahu berkemungkinan wujud unsur penderaan," katanya.

Bibi Sunita berkata demikian ketika ditemui pemberita di hadapan Balai Polis Setiawangsa selepas membuat laporan di balai polis berkenaan bersama sekumpulan ahli Pejuanita Wilayah Persekutuan di sini pada Selasa.

Kes Adam mula muncul semula di laman sosial berikutan perhatian rakyat Malaysia tertumpu kepada perbicaraan kes penderaan Bella yang berlangsung di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur pada minggu ini.

Adam merupakan kanak-kanak istimewa yang ditempatkan di rumah perlindungan sama dengan Bella dan banyak pihak termasuk Pejuanita Wilayah Persekutuan tidak menolak kemungkinan bahawa kematian Adam berlaku atas faktor pengabaian.

Mengulas lanjut, Bibi Sunita berkata, adalah menjadi tanggungjawab Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) untuk memberi penjelasan kepada masyarakat mengenai prosedur operasi standard (SOP) Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) berhubung penjagaan kanak-kanak diletakkan di bawah jabatan itu.

Artikel Berkaitan:

Menurutnya, kegagalan JKM untuk melaksanakan tanggungjawab menempatkan kanak-kanak istimewa di rumah perlindungan yang sepatutnya juga perlu disiasat kerana keselamatan golongan berkenaan tidak boleh dikompromi.

"Kita mahu melihat keadilan mengenai perkara itu, di mana berlaku ketirisan di peringkat JKM di bawah KPW sedangkan mereka tahu apa yang berlaku di rumah perlindungan yang sepatutnya mereka dilindungi.

"Malangnya anak syurga ini telah didera dan kita juga menuntut agar tidak ada unsur-unsur yang membabitkan penglibatan ahli politik untuk menutup kebenaran dan keadilan buat Bella dan arwah baby Adam," katanya.