Angka kematian petani Fulani meningkat 134 orang

Penduduk etnik Fulani sering menjadi sasaran pemburu etnik Dogon.
Penduduk etnik Fulani sering menjadi sasaran pemburu etnik Dogon.
A
A
A

BAMAKO - MALI. Angka kematian serangan etnik Dogon di tengah Mali meningkat kepada 134 orang, kata pihak berkuasa hari ini.

Dalam kejadian kelmarin, lelaki bersenjata yang memakai pakaian tradisional pemburu Dogon bertindak mengepung perkampungan Ogossagou yang didiami etnik Fulani kira-kira jam 4 pagi (waktu tempatan).

Sementara itu, sumber keselamatan berkata, kebanyakan mangsa termasuk wanita dan kanak-kanak ditembak atau ditetak sehingga mati.

Difahamkan, perkampungan Ogosagou musnah sama sekali dalam serangan tersebut.

Serangan berlaku ketika delegasi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) melawat negara itu.

PBB mendesak pihak berkuasa Mali menyiasat serangan tersebut dan membawa suspek ke muka pengadilan. - AFP

Artikel Berkaitan: