Gempa bumi kuat 6.1 magnitud gegar Maluku

Menurut USGS gempa bumi itu berlaku pada kedalaman 37 kilometer dan berpusat kira-kira 150 kilometer di barat laut bandar Ternate.
Menurut USGS gempa bumi itu berlaku pada kedalaman 37 kilometer dan berpusat kira-kira 150 kilometer di barat laut bandar Ternate.
A
A
A

JAKARTA - INDONESIA. Gempa bumi berkekuatan 6.1 magnitud menggegarkan wilayah Maluku Utara di timur Indonesia hari ini.

Menurut Pusat kajian Geologi Amerika Syarikat (USGS), gempa bumi itu berlaku pada kedalaman 37 kilometer dan berpusat kira-kira 150 kilometer di barat laut bandar Ternate.

Bagaimanapun, tiada amaran tsunami dikeluarkan.

Gempa itu dirasai di Ternate tetapi penduduk tidak peduli, kata seorang penduduk tempatan.

“Saya menonton TV apabila gempa bumi tiba-tiba berlaku, gegarannya agak kuat tetapi bersyukur ia cepat jadi tidak panik,” kata penduduk Ternate, Budi Nurgianto kepada AFP.

Pegawai masih menilai kesan gempa itu tetapi tidak ada laporan kematian mangsa diterima. - AFP

Artikel Berkaitan: