Lebih 1.4 juta kanak-kanak terima satu dos vaksin Covid-19

Seramai 1,420,019 kanak-kanak berumur antara lima dan 11 tahun menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin Covid-19 setakat Isnin. Gambar hiasan. - Foto Bernama
Seramai 1,420,019 kanak-kanak berumur antara lima dan 11 tahun menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin Covid-19 setakat Isnin. Gambar hiasan. - Foto Bernama
A
A
A

KUALA LUMPUR - Seramai 1,420,019 kanak-kanak berumur antara lima dan 11 tahun atau 39.9 peratus daripada populasi itu telah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin Covid-19 menerusi Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan Kanak-Kanak (PICKids), setakat Isnin.

Berdasarkan laman web COVIDNOW, sebanyak 452,633 kanak-kanak dalam kumpulan sama atau 12.7 peratus, telah lengkap divaksinasi.

Bagi remaja berumur antara 12 dan 17 tahun, sejumlah 2,875,587 individu atau 92.4 peratus telah lengkap divaksinasi, manakala 2,976,803 atau 95.7 peratus telah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

Untuk populasi dewasa, sebanyak 15,980,555 individu atau 67.9 peratus telah menerima dos penggalak, manakala 22,961,507 atau 97.6 peratus telah melengkapkan dos kedua, selain 23,238,533 atau 98.8 peratus telah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

Semalam sebanyak 55,642 dos vaksin diberikan, melibatkan 40,397 dos kedua, 6,247 dos penggalak dan 8,998 dos pertama, menjadikan jumlah kumulatif dos vaksin yang diberikan di bawah Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) sebanyak 69,692,713.

Sementara itu, menurut portal GitHub Kementerian Kesihatan, 16 kematian akibat Covid-19 dilaporkan pada Isnin dengan Selangor mencatat jumlah tertinggi iaitu lima kes diikuti Johor dengan tiga kes.

Kedah, Pulau Pinang dan Terengganu masing-masing merekodkan dua kes, manakala Perak serta Sarawak masing-masing mencatatkan satu kes. - Bernama

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!