X

Kindly register in order to view this article
!

Isnin | 23 Mei 2022

Onn Hafiz harap hubungan Johor-Singapura dapat dieratkan lagi

Onn Hafiz (kiri) melakukan pertemuan dengan Hsien Loong dalam lawatan kerjanya di republik itu pada Isnin bagi membincangkan usaha meningkatkan kerjasama dalam pelbagai bidang. - Foto FB Onn Hafiz Ghazi
A
A

JOHOR BAHRU - Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi dan Perdana Menteri Singapura, Lee Hsien Loong mengadakan pertemuan di republik itu pada Isnin bertujuan meningkatkan lagi kerjasama antara Johor dan Singapura.

Menurut Onn Hafiz, turut dibincangkan berkenaan sektor ekonomi, infrastruktur dan golongan belia.

"Hubungan erat Johor dan Singapura memang telah terjalin sejak sekian lama. Semoga hubungan ini dapat dieratkan lagi demi kebaikan rakyat Johor-Malaysia dan Singapura.

"Terima kasih Perdana Menteri Singapura, Lee Hsien Loong kerana sudi menerima kunjungan hormat saya dan rombongan kerajaan negeri Johor hari ini," tulis beliau dalam Facebook miliknya, pada Isnin.

Menteri Besar Johor itu melakukan lawatan kerja pertamanya di Singapura bermula Sabtu hingga Selasa ini.

Sementara itu, dalam hantaran berasingan, Onn Hafiz memberitahu, rombongannya melawat tapak projek Rapid Transit System (RTS) Singapura-Johor Bahru Link Woodlands North Terminus bersama-sama Menteri Pengangkutan Singapura, H E S Iswaran.

Katanya, sistem pengangkutan moden itu yang bakal siap pada 2026 dapat menangani masalah kesesakan yang sering berlaku di Tambak Johor.

"Bagi penyelesaian jangka masa pendek pula, satu 'task force' sudah digerakkan untuk mencari penyelesaian kesesakan yang kerap berlaku terutamanya semasa hujung minggu.

"Saya turut yakin apabila projek RTS siap kelak, projek ini akan membawa limpahan ekonomi yang besar kepada rakyat dan negeri Johor, khususnya di Johor Bahru," tulisnya.


Jangan lupa follow kami di Instagram, Telegram dan TikTok
Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah © 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!