Wanita tergelincir ketika daki Gunung Ayam

Pasukan penyelamat membawa mangsa turun dari kaki Gunung Ayam, semalam.
Pasukan penyelamat membawa mangsa turun dari kaki Gunung Ayam, semalam.
A
A
A

DABONG - Seorang wanita cedera selepas tergelincir ketika mendaki Gunung Ayam, semalam.

Dalam kejadian jam 2 petang itu, mangsa, Azlin Nasah,39, dikatakan memulakan pendakian pada jam 8 pagi bersama 39 ahli rombongan dari Kuala Lumpur.

Pemandu Pelancong, Baha Ibrahim berkata, ketika tiba di lokasi kejadian mangsa turun ke sungai untuk mengambil air.

“Bagaimanapun mangsa tergelincir dan terkena batu menyebabkan dia tidak dapat berjalan.

"Kami kemudiannya mengusung mangsa turun mendapatkan bantuan, sebahagian ahli rombongan lain meneruskan pendakian," katanya.

Katanya, setelah tiba di kawasan yang mempunyai rangkaian telefon,dia menghubungi agensi penyelamat untuk mendapatkan bantuan membawa mangsa keluar selain urusan rawatan.

Sementara itu, Pegawai Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), Kapten (PA) Mohd Hanif Omar berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 5.45 petang memaklumkan seorang wanita tergelincir.

Menurutnya, pasukan penyelamat terdiri daripada APM, Jabatan Bomba dan Penyelamat serta polis bergegas ke lokasi kejadian.

Artikel Berkaitan:

"Mangsa diusung keluar dari kawasan pergunungan menggunakan sked stretcher (stretcher gulung). "Mangsa yang luka dan lebam pada anggota badan kemudiannya dibawa ke Klinik Kesihatan Dabong untuk mendapatkan rawatan," katanya.