PGA tahan lelaki ambil upah seludup kosmetik

Barangan dirampas daripada seorang lelaki yang menerima upah sebanyak RM200 untuk membawa kotak-kotak berisi kosmetik seludup yang ditahan anggota Batalion 7 Pasukan Gerakan Am (PGA) Kuantan berhampiran pangkalan haram Pasir di Rantau Panjang, pada Isnin.
Barangan dirampas daripada seorang lelaki yang menerima upah sebanyak RM200 untuk membawa kotak-kotak berisi kosmetik seludup yang ditahan anggota Batalion 7 Pasukan Gerakan Am (PGA) Kuantan berhampiran pangkalan haram Pasir di Rantau Panjang, pada Isnin.
A
A
A

RANTAU PANJANG - Seorang lelaki yang menerima upah sebanyak RM200 untuk membawa kotak-kotak berisi kosmetik seludup ditahan anggota Batalion 7 Pasukan Gerakan Am (PGA) Kuantan berhampiran pangkalan haram Pasir di sini, pada Isnin.

Lelaki berusia 24 tahun itu ditahan dalam serbuan jam 7.45 pagi selepas pacuan empat roda jenis Mitsubishi Triton yang dipandunya diperiksa oleh anggota PGA.

Pegawai Pemerintah Batalion 7 PGA Kuantan, Superintendan Azhari Nusi berkata, semasa melakukan penugasan rutin sepasukan anggota telah mengesan Mitsubishi Triton bergerak keluar dari kawasan pangkalan haram itu.

"Pegawai dan anggota PGA yang bertugas kemudian menahan pacuan empat roda itu bagi tujuan pemeriksaan," katanya dalam kenyataan, pada Isnin.

Menurutnya, pemeriksaan yang dijalankan ke atas kenderaan pacuan empat roda itu telah menjumpai kotak-kotak berwarna mengandungi pelbagai jenis dan jenama barangan kosmetik dipercayai diseludup dari negara jiran.

Kata Azhari, suspek tersebut gagal mengemukakan sebarang dokumen keterangan berkaitan barangan yang dibawa selepas diminta untuk berbuat demikian.

Tambah beliau, siasatan awal PGA mendapati kesemua barangan yang dirampas akan dibawa untuk dipasarkan di sekitar Pasir Mas.

"Suspek mengaku menerima upah sebanyak RM200 bagi setiap kali penghantaran.

Artikel Berkaitan:

"Nilai keseluruhan rampasan termasuk pacuan empat roda dianggarkan berjumlah RM49,400. Barang rampasan dibawa ke Balai Polis Rantau Panjang untuk siasatan dan tindakan lanjut," katanya.