Rumah dimasuki pencuri ketika ahli keluarga tonton wayang

Jeriji tingkap dapur di rumah seorang pengawal keselamatan diumpil dari luar dalam kejadian samun di Tanjung Puteri Resort, Pasir Gudang, pada malam Khamis.
Jeriji tingkap dapur di rumah seorang pengawal keselamatan diumpil dari luar dalam kejadian samun di Tanjung Puteri Resort, Pasir Gudang, pada malam Khamis.
A
A
A

PASIR GUDANG - Rumah seorang pengawal keselamatan dimasuki pencuri ketika ahli keluarganya keluar untuk menonton filem di panggung wayang dalam kejadian di Tanjung Puteri Resort, pada malam Khamis lalu.

M Ilangkovan, 62, berkata, ketika ahli keluarganya pulang pada awal pagi kediaman mereka didapati berselerak terutama dalam bilik utama selain jeriji tingkap bahagian dapur didapati diumpil.

"Kebiasaannya isteri dan anak saya tidak keluar rumah pada waktu malam tetapi pada hari tersebut ahli keluarga saya keluar ke panggung wayang kerana tidak mahu melepaskan peluang menonton filem Tamil berjudul Beast. Saya pula bekerja syif malam.

"Tidak sangka ketika kami tiada di rumah, penjenayah memecah masuk kediaman," katanya ditemui pemberita, pada Isnin.

Kata Ilangkovan, dia kerugian kira-kira RM2,000 susulan wang tunai kira-kira RM1,500 dan cincin emas dilarikan perompak.

Dia kemudian membuat laporan di Balai Polis Taman Pasir Putih pada hari kejadian.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Seri Alam, Superitendan Mohd Sohaimi Ishak berkata, pihaknya menerima laporan daripada pemilik rumah yang bekerja sebagai pengawal keselamatan di sebuah syarikat swasta di sini.

Katanya, polis masih memburu suspek dan kes disiasat mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan.

Artikel Berkaitan: