Liek Hou kecewa guna duit sendiri sertai kejohanan luar

Cheah Liek Hou
Cheah Liek Hou
A
A
A

PEMAIN badminton para negara, Cheah Liek Hou meluahkan rasa kecewa apabila terpaksa menggunakan duit poket sendiri bagi menampung kos perbelanjaan ketika menyertai Kejohanan Badminton Para Antarabangsa Brazil 2022, bermula 19 hingga 24 April ini.

Dalam perkongsian di laman Facebooknya, pemenang pingat emas pertama dalam acara badminton di Paralimpik Tokyo itu berkata, dia tidak akan mendapat apa-apa hadiah kewangan daripada pihak pengatur meskipun berjaya memenangi kejohanan tersebut.

"Pertama kalinya dapat terbang tahun ini selama tujuh bulan dah tak pergi bertanding, selepas Tokyo Paralimpik 2020.

"Kali ini cuma saya dan coach Rashid berangkat ke Brazil dengan duit poket sendiri, termasuk segala pembelanjaan di Brazil.

"Kejohanan para ini tidak ada prize money (hadiah kewangan) seperti tournament able (pertandingan atlet normal) ya.

"Jadi ini betul-betul ada keluar tak ada masuk ya geng. #DoubleStandard #SayaAtletMalaysia,"ujarnya.

Difahamkan, anggaran wang dikeluarkan Liek Hou kira-kira RM15,000 bagi menyertai kejohanan di Brazil tersebut dengan tambang penerbangan mencecah RM7,000.

Artikel Berkaitan: