Bank Rakyat dekati usahawan, mahasiswa UniMAP

Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail dan Raja Puan Muda Perlis, Tuanku Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil berkenan mencemar duli menyempurnakan perasmian program Santai Namun Sampai Ramadan 2022 yang diadakan di UniMAP pada Sabtu.
Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail dan Raja Puan Muda Perlis, Tuanku Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil berkenan mencemar duli menyempurnakan perasmian program Santai Namun Sampai Ramadan 2022 yang diadakan di UniMAP pada Sabtu.
A
A
A

PERLIS - Bank Rakyat menganjurkan program Santai Namun Sampai Ramadan 2022 untuk mendekati dan membincangkan perihal usahawan secara lebih dekat dan santai bersama pelajar Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) bagi memperkasakan agenda keusahawanan dalam kalangan mahasiswa.

Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail berkenan berangkat menyempurnakan perasmian program tersebut yang diadakan di Kampung Warna-Warni Seberang Ramai, Kuala Perlis.

Berangkat sama pada program itu adalah Raja Puan Muda Perlis, Tuanku Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil.

Turut hadir, Ketua Setiausaha Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi selaku Ahli Lembaga Pengarah Bank Rakyat, Datuk Suriani Ahmad' Ketua Pegawai Eksekutif Majlis Agama Islam Dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs), Mohd Nazim Mohd Noor dan Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif, Operasi Bank Rakyat, Ahmad Shahril Mohd Shariff.

Bank Rakyat dalam satu kenyataan berkata, antara inisiatif yang dijalankan adalah ‘Program Memperkasa Graduan Ke Arah Keusahawanan’ dengan sesi perkongsian pengalaman, soal jawab serta sesi motivasi secara lebih dekat bersama pelatih professional dan vendor terpilih serta melibatkan 100 penyertaan dan ia juga terbuka kepada pelajar UniMAP.

“Bank Rakyat dengan kerjasama UniMAP turut menganjurkan pembukaan gerai jualan untuk usahawan RAKYATpreneur, UNIpreneur serta pelajar dan alumni UniMAP yang mana menyasarkan pembukaan 30 gerai Bazar Ramadan yang berlangsung selama dua hari di tapak parkir Kolej Kediaman Tuanku Abdul Rahman, UniMAP,” jelas kenyataan itu.

Menurut kenyataan itu, Bank Rakyat turut melancarkan inisiatif Kebun Nuri Nutrisi yang akan dilaksanakan di Kampung Warna Warni Seberang Ramai, UniMAP, dan peluasan kebun di Sekolah Kebangsaan Putra dengan kerjasama Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) bagi membantu golongan B40 menjana pendapatan secara lestari dan berterusan serta memupuk minat pelajar terhadap industri pertanian dan keusahawanan.

“Bank Rakyat juga memberikan sumbangan sebanyak RM24,800 kepada golongan asnaf Felda Chuping, RM3,700 kepada pelajar asnaf Sekolah Kebangsaan LKTP Chuping, RM2,500 kepada pelajar asnaf Sekolah Rendah Islam III, Felda Chuping serta sumbangan bagi aktiviti pengimarahan Masjid Nurul Huda, Felda Chuping sebanyak RM10,000,” kata kenyataan itu.

Sementara itu, Suriani berkata, Bank Rakyat turut melancarkan ‘Program Desa Tanpa Tunai’ di Chuping, Perlis dan membuat penyerahan tiket pulang ke kampung kepada 50 pelajar B40 UniMAP bagi menyemarakkan lagi kempen ‘Rindu Nak Raya’ Bank Rakyat pada tahun ini.

Artikel Berkaitan: