Kes penyelam hilang: Indonesia tamatkan pencarian

Basarnas Indonesia menghentikan operasi pencarian Nathan Renve yang hilang ketika melakukan latihan selaman di Pulau Tokong Sanggol, Mersing, pada 6 April lalu.
Basarnas Indonesia menghentikan operasi pencarian Nathan Renve yang hilang ketika melakukan latihan selaman di Pulau Tokong Sanggol, Mersing, pada 6 April lalu.
A
A
A

JOHOR BAHRU - Badan Mencari dan Menyelamat Nasional (Basarnas) Indonesia menghentikan operasi pencarian penyelam remaja warga Belanda, Nathan Renve Chesters, 14, yang hilang ketika melakukan latihan selaman di Pulau Tokong Sanggol, Mersing, pada 6 April lalu.

Operasi ditamatkan secara rasmi kira-kira jam 7 malam pada Ahad berikutan tiada sebarang petunjuk di perairan Pulau Bintan, Indonesia.

Pengarah Zon Maritim Mersing, Komander Maritim Khairul Nizam Misran berkata, pusat operasi Basarnas Tanjung Pinang Indonesia mengumumkan penutupan operasi itu selepas setelah tujuh hari pencarian bermula pada 10 April.

Katanya, Maritim Malaysia juga memaklumkan kepada kedutaan Britain dan Belanda mengenai laporan tamat Op Carilamat yang dilaksanakan oleh pihak berkuasa Indonesia.

"Op Carilamat yang dilaksanakan oleh pihak berkuasanegara Indonesia itu melibatkan sebuah kapal TNI (Tentera Nasional Indonesia), sebuah kapal dari Bakamla (Badan Keamanan Laut Indonesia), Polair (Polis Perairan Indonesia), dan sebuah kapal dari Basarnas.

"Maritime Rescue Sub Centre (MRSC) Johor Bahru merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan jutaan terima kasih di atas kerjasama semua pihak yangterlibat dalam operasi ini.

"Diharapkan kerjasama jabatan dan agensi terlibat terus diperkukuhkan agar keselamatan dan kesejahteraan komuniti maritim di perairan negara kekal terjamin," katanya menerusi kenyataan pada Isnin.

Dalam kejadian pada 6 April lalu, empat penyelam warga asing dilaporkan hilang ketika menyelam di perairan Pulau Tokong Sanggol, kira-kira sembilan batu nautika dari Tanjung Leman di sini.

Artikel Berkaitan:

Mereka ialah lelaki warga Britain, Adrian Peter, 46, bersama anaknya warga Belanda, Nathan Renze, 14, dua wanita masing-masing warga Perancis, Alexia Alexandra, 18, dan jurulatih penyelam 'Dive Master' dari Norway, Kristine Grodem, 35.

Adrian Peter Chesters dan Alexia Alexandria Molina ditemui pada kedudukan 16 batu nautika utara Pulau Bintan, di perairan Indonesia oleh nelayan kira-kira jam 1 pagi pada 9 April lalu.

Adrian Peter turut memberi kenyataan kepada pihak berkuasa bahawa anak meninggal dunia selepas tidak dapat bertahan akibat terlalu lemah.

Jurulatih selam, Kristine Grodem pula ditemui pada 7 April lalu lebih 20 batu nautika dari lokasi dipercayai hilang.

Pada 9 April, pencarian penyelam yang hilang di Mersing ditamatkan di perairan Malaysia dan operasi disambung oleh pihak berkuasa Indonesia di perairan negara itu bagi mengesan Nathan Renze.